Jumaat, 14 Ogos 2015

ISTERI YANG MENGANDUNG, SAYA PULA YANG NAK MUNTAH

Iklan sikit, nak dapat harga istimewa boleh hubungi saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini genaplah 36 minggu kandungan isteri saya.  Oleh itu, mula hari ini, bila-bila masa adik Mayeesa akan dilahirkan.  Cuma Allah saja yang tahu bila masa dan waktunya.

Semenjak menghampiri tarikh untuk isteri bersalin, bila saya menaiki kenderaan yang dipandu orang lain, saya terasa mual dan hendak muntah.  Padahal perjalanan dekat saja dan lurus saja.  Naik saja kereta, bila kereta mula bergerak, saya mula rasa mual dan nak muntah.

Ada orang pernah beritahu saya, ada sesetengah suami akan mengalami alahan seperti nak muntah semasa isteri mengandung.  Kadang-kadang tak ada langsung.  Masa isteri mengandungkan Mayeesa dulu, saya ada juga rasa mual dan nak muntah tapi bukan masa naik kenderaan tapi tak tentu masa.  Masa adik Mayeesa ini pula isteri saya rasa pening-pening dan saya pula rasa mual bila naik kereta.

Hal ini tak berlaku bila saya yang memandu.  Oleh itu, saya menganggap ini adalah kesan yang perlu saya terima untuk kelahiran adik Mayeesa ini.  Saya tak kisah sebab boleh juga kongsi rasa ini dengan isteri saya.

Saya harap adik Mayeesa lahir dengan sihat dan saya bersama isteri tak sabar menanti kelahiran adik Mayeesa ini.  Tak lupa juga Mayeesa yang setiap hari "sembang" dengan adiknya sambil memberikan kata-kata nasihat.

Sekian.

Jumaat, 7 Ogos 2015

SELESAI DAFTAR SUBJEK SEMESTER DEPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.  Selesai sudah saya mendaftar subjek PJJ saya semester depan.  Memang dari awal semester dua lagi saya rancang untuk buat Ijazah dalam masa 5 tahun.  Tak nak kelam kabut sebab kalau boleh nak score di setiap semester.

Setakat semester 1 dan 2, Alhamdulillah pointer saya masih 3.00 ke atas lagi.  Saya rancang untuk perbaiki pointer saya untuk semester 3 ini.  Tapi biasalah.  Bila belajar sambil bekerja ini, macam-macam dugaan yang saya kena hadapi.  Saya tak pasti apa akan berlaku tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk perbaiki pointer saya semester depan.

Saya minta kawan-kawan doakan saya ye?

Terima kasih banyak-banyak.

Khamis, 6 Ogos 2015

SEGMEN : NAMA GROUP WHATSAPP YANG PALING WIN !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terjumpa satu segmen yang dianjurkan oleh blogger AlyaniMatshah.  Menarik juga segmen ini sebab unik.  Rasanya saya tak pernah jumpa lagi blogger yang buat segmen sebegini.

Disebabkan itu membuat saya rasa berminat nak sertai segmen ini.

Group Whatsapp yang telah saya sertai dan saya rasa paling unik adalah :

Nama group Whatsapp tersebut adalah "Geng Sepit Kerusi".  Nama group Whatsapp ini tercetus apabila pada awal tahun 2013 rasanya ramai pelajar yang tersepit kerusi semasa awal tahun persekolahan.  Group ini lebih kepada group santai-santai antara staf.

Memang unik saya rasa nama group ini sebab langsung tiada kaitan tentang kerja.  Cuma untuk bertegur sapa dan bergurau sesama sendiri.

Segmen ini bermula pada 06.08.2015 hingga 13.08.2015.  Oleh itu, sesiapa yang terasa nak turut serta, boleh klik SINI untuk sertai.

Sekian.

RANIA TURN'S 1 GIVEAWAY!

Nak sertai? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini teringin pula saya nak sertai giveaway.  Tak mengharap pun dapat hadiah tapi bagi saya bukan hadiah berbentuk fizikal yang dicari tetapi hadiah berbentuk persahabatan untuk saya mahu.

Giveaway ini akan berlangsung dari 5.8.2015 hingga 15.8.2015 11:59 malam.

Senarai peserta akan diumumkan pada 16.8.2015.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 18.8.2015.

keutamaan akan diberikan kepada follower blog QasehnyaRania.

SERPIHAN PESAWAT MH370 DITEMUI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.  Akhirnya penantian lebih setahun waris nahas pesawat MH370 untuk mengetahui nasib penumpang pesawat terjawab.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa secara rasminya serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah MH370 diharap dapatlah mengurangkan keresahan penantian waris yang terlibat.

Tetapi, saya berharap segala bukti fizikalyang dikatakan oleh Perdana Menteri yang menunjukkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dapat didedahkan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa tiada sebarang komplot ataupun sabotaj.

Ini cuma pandangan saya.  Tetapi bersyukur kepada Allah kerana persoalan ke mana hilangnya pesawat MH370 akhirnya terjawab.

Rabu, 5 Ogos 2015

"ICHA NGAH IPAT AJU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah hari ini selepas balik dari pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Isteri saya dan Mayeesa masuk rumah dan terus ke bilik.  Tiba-tiba Mayeesa keluar dan ke bilik sebelah.

Saya : Sayang, Mayeesa mana?

Isteri : Tadi dia kata nak lipat baju.

Saya : Lipat baju?

Saya terus ke bilik sebelah.

Dan memang betul dia tengah lipat baju.

Saya : Icha tengah buat apa tu?

Mayeesa : Icha ngah ipat aju.

Saya : Rajinnya anak papa.  Bagus.

Alhamdulillah.  Tak perlu disuruh untuk lipat baju dan Mayeesa dengan rela hati nak lipat baju.  Mungkin sebab dia selalu tengok ibu dan ayah dia lipat baju.  Sebab itu jadi ikutan.

Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri yang baik dan anak yang comel serta baik.

Alhamdulillah.

PENCARIAN BLOGLIST AISYAH NYAIS BULAN OGOS 2015

Nak sertai? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sertai lagi segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger.  Saja nak memeriahkan lagi dunia maya ini.  Lagipun penting sertai segmen sebegini untuk berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baru dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah di antara blogger.

Penganjur segmen ini minta untuk komen sikit blognya.  Oleh itu, ini adalah komen saya yang tak seberapa :

Blog penganjur bagi saya dah bagus.  Saya lebih pentingkan blog yang mudah untuk akses dan masa untuk loading page  yang tak lama.  Kira blog yang simple dan ringan saja.  Secara keseluruhannya, blog penganjur ini bagus dan mudah untuk diakses.

Saya jemput semua kawan-kawan untuk sertai segmen ini.  Segmen ini mudah saja.

Akhir kata daripada saya, sekian terima kasih.

PENTING KE PEMERIKSAAN KANDUNGAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kandungan isteri dah dekat 35 minggu dah. Jadi, kekerapan pemeriksaan kandungan di klinik semakin kerap sebab tarikh jangka bersalin semakin hampir.

Penting ke pemeriksaan kandungan ini? Bagi saya, ia penting untuk memastikan kandungan sihat dan aktif.  Alhamdulillah, setakat ini kandungan dalam perut isteri saya aktif.

Sekarang ini isteri saya buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.  Dulu masa Mayeesa dulu, kami buat di Klinik Kesihatan Bagan Datoh. Isteri saya plan nak beranak di Hospital Putrajaya tapi ramai kawan-kawan beritahu Hospital Putrajaya ini selalu penuh. Takpelah, kami cuba dulu di sana nanti.

Insya Allah. Mohon doakan kesihatan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan itu.

Selasa, 4 Ogos 2015

BELAJAR SAMBIL KERJA SENANG KE?

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belajar sambil kerja senang ke?  Persoalan ini saya tak pernah fikirkan semasa belajar sepenuh masa di UiTM Seri Iskandar Perak dulu.  Pada masa itu, fikiran saya selepas selesai Diploma, saya nak sambung belajar secara jarak jauh.  Memang dah rancang untuk sambung Ijazah selepas dapat kerja.  Niat saya masa itu adalah tak sanggup nak susahkan ibu saya yang kena kerja seorang diri untuk sara kami empat beradik.

Masa itu ada seorang staf UiTM pun sambung belajar jarak jauh di USM.  Dia ceritakan kelebihan belajar di USM dan saya pun terus berminat.  Memang dari sejak itu, sasaran saya adalah untuk sambung Ijazah di USM secara jarak jauh.  Masa itu memang saya tak fikir tekanan kerja dengan tekanan belajar.

Sekarang saya dah tahu.  Belajar sambil bekerja ini sekiranya tak diuruskan dengan baik boleh jadi beban kepada saya.  Saya dah rasa untuk dua tahun berturut-turut.  Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belajar.  Belajar pun sehari sebelum peperiksaan akhir.  Memang masa itu otak saya push sehabisnya.

Kalau nak belajar sambil kerja boleh saja.  Tetapi kena pandai uruskan masa.  Tugasan yang pensyarah bagi, siapkan secepat mungkin.  Setiap kali pensyarah upload sidang video dalam portal, cepat-cepat tengok dan buat nota.  Jangan jadi macam saya, belajar last minutes.

Yang pasti, belajar sambil kerja ini adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada individu tersebut.  Ingat, bergantung kepada individu tersebut.  Bermakna kita yang tentukan belajar sambil kerja senang atau susah.

Lu pikir la sendiri (pinjam ayat Nabil).

Isnin, 3 Ogos 2015

SEGMEN 3 IN 1 (GIVEAWAY+BLOGLIST+BLOGWALKING) RAFZAN TOMOMI STORY '15

*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" .Kali ni korang bertuah sebab ada GIVEAWAY sekali dalam segmen ni, so hadiahnya ialah :

TOP UP RM10 (Buat 5 orang yang terpilih!!!)

Disebabkan kali ni ada tambahan giveaway, syaratnya susah sikitlah. hahaha (Takde lah susah mana pon sebenarnya :p) :
• Buat entri yang bertajuk "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" & backlink ke entri ni. (WAJIB)
• Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (WAJIB)
• Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15(WAJIB) | [Apa Movie Best Dekat Wayang Eh? (WAJIB)
• Follow Instagram [rafzantomomi] (WAJIB)*
• Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi(WAJIB)
• Klik ler iklan Nuffnang tu . :D
• Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

*Klik Gambar Untuk Join*

Jom Join "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" .Kali ni korang bertuah sebab ada GIVEAWAY sekali dalam segmen ni, so hadiahnya ialah :

TOP UP RM10 (Buat 5 orang yang terpilih!!!)

Disebabkan kali ni ada tambahan giveaway, syaratnya susah sikitlah. hahaha (Takde lah susah mana pon sebenarnya :p) :

Buat entri yang bertajuk "Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking) Rafzan Tomomi Story '15" & backlink ke entri ni. (WAJIB)

Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (WAJIB)

Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15] (WAJIB) | [Apa Movie Best Dekat Wayang Eh?]  (WAJIB)

Follow Instagram [rafzantomomi] (WAJIB)*

Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi] (WAJIB)

Klik ler iklan Nuffnang tu . :D

Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :

Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini.

Peringatan : Kalau link URL ada tapi entri takde itu dikira "disqualified". Sila jujur ya. :)

16 URL blog akan dipilih (Kesemua 16 URL akan dipilih melalui random.org) Keputusan 16 URL bertuah akan diumumkan di antara pada 4-11 September 2015 (Jumaat). 5 Pemenang Giveaway akan dipilih juga secara random dari random.org (secara berasingan dari pilihan URL) . Jangan lupa macam biasa blogwalking semua peserta bila dah update yaa. Segmen tamat pada 31 Ogos 2015 Jam 11:59 pm. Selamat bersegmen gais. :)

• Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini.
• Peringatan : Kalau link URL ada tapi entri takde itu dikira "disqualified". Sila jujur ya. :)
16 URL blog akan dipilih (Kesemua 16 URL akan dipilih melalui random.orgKeputusan 16 URL bertuah akan diumumkan di antara pada 4-11 September 2015 (Jumaat). 5 Pemenang Giveaway akan dipilih juga secara random dari random.org (secara berasingan dari pilihan URL) . Jangan lupa macam biasa blogwalking semua peserta bila dah update yaa. Segmen tamat pada 31 Ogos 2015 Jam 11:59 pm. Selamat bersegmen gais. :)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN USM TAHUN KEDUA (PENGURUSAN ORGANISASI)

gambar hiasan (kredit Google)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini keputusan peperiksaan Tahun kedua (Pengurusan Organisasi) saya telah keluar.  Pukul 9.00 pagi tadi.  Memang sebelum keputusan penuh keluar, keputusan provisional akan keluar dulu.  Dan Alhamdulillah semua sabjek yang saya ambil semua LULUS.

Hari ini keluar keputusan penuh dan sekali lagi Syukur kepada Allah keputusan saya masih cemerlang walaupun tahun ini tak dapat merangkul Anugerah Dekan seperti mana tahun lepas.  Tetapi tak apalah sebab tahun ini memang agak mencabar kerana bermacam halangan dan saya pula belajar 'last minutes' untuk menghadapi peperiksaan akhir.

Pada masa yang sama, ada beberapa tugasan yang saya tertinggal dan tak sempat nak selesaikan disebabkan masalah internet dan pertukaran tempat kerja.  Tetapi saya masih bersyukur kerana keputusan tak jatuh teruk cuma tak dapat Anugerah Dekan.

Saya perlu bersedia awal tahun depan sekiranya nak capai keputusan yang lebih baik.  Oleh itu, saya perlu tetapkan matlamat dan terus ke hadapan.  Semoga Allah akan merahmati usaha saya untuk menambah ilmu ini.

Amiiin.

SAYA NAK MASUK BLOGLIST LYSSA FAIZUREEN BULAN OGOS 2015

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak menyertai segmen bloglist anjuran kawan-kawan alam maya.  Dengan kesibukan kerja di samping belajar secara jarak jauh membataskan saya untuk mengemaskini blog ini.  Mungkin disebabkan keghairahan untuk berblog semakin hari semakin hilang.

Tetapi saya masih cuba untuk mencari dan meniupkan semula bara keghairahan berblog saya ini dengan menyertai segmen anjuran saudari Lyssa Faizureen ini.  Semoga kehadiran semua kawan-kawan ke blog ini dapat menceriakan hidup kalian sekiranya tak banyak, sedikit pun jadilah.

Blog saya ini mengenai segala kisah hidup dan pengalaman hidup saya dan keluarga saya dalam menempuhi alam dunia ini.

Saya berharap kalian suka berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.  Saya akhiri penulisan saya kali ini dengan ucapan terima kasih.

Sekian.