Isnin, 13 Januari 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger.  Marilah kita bersama-sama Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

PANTANG NAMPAK MAKANAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa dari dulu sampai sekarang kalau tengok makanan, mesti mata dia 'bulat' pandang makanan tersebut.  Kemudian dia mulalah mendekati perlahan-lahan dan duduk di depan makanan.  Padahal, sebelum itu dah makan pun.  Kalau tak disuap, marah pula dia. Suap je la.

Alhamdulillah,  Mayeesa tiada masalah kesihatan.  Selera makan dia memang tinggi.  Apa saja orang lain makan, mesti dia nak makan juga.  Tak henti-henti.

Bukan setakat mama dan papa dia kena 'paw', opah dia pun dah kena. Aish... Mayeesa... Mayeesa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

SEGMEN BLOGLIST 2014 : I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini saya nak join satu segmen bloglist yang bagi saya sangat senang.  Tak perlu nak like-like bagai.  Cuma perlu follow blog penganjur, letakkan link penganjur di bloglist kita, buat satu entri dan letakkan link entri tersebut di ruang komen segmen penganjur. Senang bukan?

Selepas itu, penganjur akan follow blog kita. Kemudian dia akan letakkan link kita di bloglist dia sepanjang tahun 2014.  Cantiklah tu.  Bukan senang orang nak letak blog kita kat bloglist mereka.  Kita kena usaha untuk tarik perhatian mereka dengan penulisan kita yang kreatif.

Saya ini biasa saja.  Penulisan saya tidaklah kreatif sangat.  Biasa-biasa saja untuk orang biasa-biasa seperti saya ini. Kan?

Saya mencari juga bila tarikh tutup segmen bloglist ini tapi tak jumpa la pula.  Oleh itu, saya rasa segmen ini tarikh tutupnya ikut suka hati penganjur bila dia nak tutup. Tak begitu? Hehehe.

Tak salah join segmen ini. Jom join ramai-ramai.

SEGMEN BLOGLIST MYCHERITA #1 2014


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

ULAR SAWA DALAM LUBANG JAMBAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Selepas ini kalau nak membuang "hajat besar", disarankan supaya memerhati ke dalam lubang jamban.  Bahaya juga kalau ada binatang berbisa sedang enak "bermandi manda" di dalam lubang jamban tersebut.

Gambar di atas saya jumpa Facebook yang menunjukkan seekor ular sawa dikeluarkan dari sebuah lubang jamban (Tempat tidak diketahui). Memang saya pun tak sangka perkara macam ini pun boleh berlaku.

Oleh itu, berhati-hatilah.  Malang tak berbau.

Published with Blogger-droid v2.0.10

BANK MASIH PENUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan - rakan blogger semua.

Dari awal tahun sehingga hari ini, bank selalu penuh saja.  Ini semua penangan Dividen ASB 8.7% tahun ini. Siapa yang simpan banyak, banyaklah dividen dia. Yang simpan sikit, sikitlah dia dapat.

Ada satu lagi sebab bank penuh iaitu semua penerima BR1M yang layak nak buka buku akaun. Tahun ini, Kerajaan akan terus kreditkan ke dalam akaun bank penerima duit BR1M ini. Tak macam tahun lepas, kita kena pergi dengar ceramah dan baru boleh ambil baucar BR1M. Pastu baru ke bank untuk tunaikan.

Ada yang setuju dengan cara ini dan ada yang masih suka cara lama. Tapi bagi saya, cara ini ada pro dan kontranya. Bagi ketua keluarga yang tidak terlalu tua dan ada akaun bank, cara ini sangat bagus. Dapat jimatkan masa dan mudahkan mereka.

Tetapi bagi ketua keluarga yang sudah tua dan tak ada buku akaun bank, mereka perlu ke bank semata-mata untuk buka buku akaun untuk dapat duit BR1M ini. Macam dah jadi menyusahkan pula. Cadangan saya mungkin golongan ini, mereka boleh dapat Baucar BR1M dan tunaikan di bank. Yang ada akaun bank, boleh guna cara kredit duit BR1M ke dalam akaun bank masing-masing.

p/s : Kena tunggu hampir sejam sebelum nombor sendiri dipanggil.


Posted via Blogaway

BLOGLIST PART #1 BY DIARI FARISHA

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html 

Jemput Blogger seantero Malaysia join 
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi 
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join

SEGMEN JALAN-JALAN CARI KAWAN

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

JADUAL KURSUS INTENSIF DAH KELUAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jadual untuk Kursus Intensif Sidang Akademik 2013/2014 dah keluar.  Memang saya tahu kursus intensif ini bermula 21 Januari 2014 hingga 14 Februari 2014 dan cuma jadual baru saya perasan dah keluar.  Biasalah, kita ini bekerja dan jarang sangat nak buka website USM.  Saya dapat tahu pun dari rakan-rakan seperjuangan USM saya melalui Group Whatsup.  Kalau tak ada group ini, memang saya langsung tak tahulah.

Jadual ini nampak macam padat tapi tak semestinya sebab dia merangkumkan semua kos.  Saya nak kena tandakan sabjek mana yang saya ambil dan bila kelasnya.  Dah kembali ke zaman belajar semula saya ini.  Dah lama sangat saya tinggalkan buku dan otak saya pun dah berkarat sikit. Hehehe.

Ini merupakan semester / Tahun 1 Pertama saya.  Jadi, ini dah jadi pengalaman pertama saya belajar secara jarak jauh.  Sebelum ini, semasa saya ambil Diploma, saya belajar secara sepenuh masa.  Memang kerja saya belajar dan main saja.  Banyak masa yang terluang tapi sekarang ini ada komitmen lain.  Keluarga dan kerja. Kenalah saya belajar membahagikan masa.  Kalau tak, ke 'laut' la saya nanti.

SEGMEN : BLOGLIST 2014 BY KIERA RASHID

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger semua.

Segmen pertama yang saya join untuk blog ini. Semoga dengan segmen ini, saya dapat memperkenalkan kepada semua rakan-rakan blogger di luar dengan blog baru saya ini.

Segmen ini tamat pada 21 Januari 2014.