Selasa, 9 September 2014

SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER IRRAYYAN.COM

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya join segmen bloglist lagi.  Banyak kan malam ini saya join segmen bloglist?  Sebab segmen bloglist yang saya join ini tak banyak songeh sangat.  Suruh like sana sini.  Saya lebih suka simple dan pantas.

Lagipun segmen bloglist agak menarik juga sebab walaupun nampak macam tak ada hadiah tapi ada hadiah sebenarnya.  Hadiahnya adalah persahabatan.  Sekarang ini mudah untuk menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan baru di alam maya walaupun tak pernah bersua muka.

Apa yang penting?  Sama-sama kita support segmen-segmen yang rakan-rakan di alam maya anjurkan.  Baru meriah. Kan?

SEMESTER BARU DAH TIBA

Sidang Akademik 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semester baru dah tiba.  Tahun ini adalah tahun kedua saya sebagai pelajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM).  Alhamdulillah, semester a.k.a tahun pertama saya lepas dengan jayanya.

Assignment dan tugasan kumpulan dah ada.  Yang teruk ada tugasan yang perlu temuduga dan kena buat presentation guna video.  Bukan presentation macam biasa yang kita present depan pensyarah tapi kita kena buat video presentation dan serahkan kepada pensyarah untuk tengok.

Ada juga tugasan yang suruh buat blog.  Entahlah apa kriteria yang pensyarah nak untuk buat blog tapi Insya Allah saya boleh buat sebab ada sikit pengalaman buat blog.

Ada beberapa subjek pensyarah belum kemaskini lagi tugasan apa yang perlu dibuat.  Kita tunggu dan lihat je la.  Apa-apa pun, mana yang pensyarah dah upload tugasan, kena buat awal-awal supaya masa kursus insentif 3 minggu nanti boleh fokus untuk mid term exam.

Buku teks dengar cerita pihak USM dah pos dan akan sampai kepada saya bila-bila masa.  Memang mencabar juga belajar sambil bekerja.  Tambah lagi dah kahwin dan ada anak.  Tapi saya anggap semua ini cabaran untuk saya lebih berjaya.

SEGMEN : NAK BLOG URL BY MACAM-MACAM CERITA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Satu lagi segmen saya join malam ini.  Memang kalau ada banyak masa macam dulu, banyak segmen saya boleh join dalam satu malam.  Tetapi sekarang ini masa terhad dan ada perkara yang lebih penting untuk difokuskan.

Tetapi, kalau ada peluang mesti saya join sebab segmen daripada rakan-rakan alam maya awesome.  Rugi tak join.

Segmen ini berlangsung dari 3 September 2014 - 12 September 2014.

BLOGLIST KERANA KAU ADA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak update blog saya.  Bukan sibuk sangat pun tetapi cuma rasa malas.  Padahal dulu blog sentiasa update saja.  Ada kes yang dah sebabkan semangat berblogging saya jatuh merudum ditimpa tangga.

Anyway, kali saya nak join segmen bloglist daripada Mimbar Kata.  Saya sokong rakan-rakan dunia maya kalau buat segmen selagi termampu.  Tak rugi apa pun.

Segmen bloglist ini berakhir pada 9hb September 2014.