Selasa, 14 Januari 2014

GIVEAWAY BIRTHDAY AZHAFIZAH

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mencari-cari entri apa yang saya nak kemaskini tadi.  Secara tak semena-mena, saya terperasan satu giveaway yang bagi saya hadiahnya agak menarik hati.  Lagipun, syarat nak sertai pun tak rumit dan tak ada banyak songeh suruh klik sana tunggu, klik sini tunggu.  Macam tak ikhlas nak buat giveaway je macam itu.

Oleh itu, saya ambil keputusan untuk join giveaway ini.  Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.

LAYAN HELIKOPTER ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Petang-petang macam ini seronok juga kalau dapat layan Helikopter.  Tapi saya punya Helikopter kecil je.  Saya pun masih belum mahir lagi untuk mengawal Helikopter tersebut.

Setiap kali terbang, mesti akan jatuh terhempas.  Bilah-bilahnya pun dah ada yang merekah dah.  Takpe, berlatih dulu sampai dah boleh kawal.  Tak perlu tukar bilah selagi boleh pakai.  Lagipun kedai saya nak pergi tukar pun agak jauh dari rumah saya.

Sebenarnya saya teringin nak main bila tengok orang lain main tapi bila pergi survey harga, mak ai ... beratus-ratus juga la.  Oleh itu, saya simpan je dulu keinginan itu dulu sampai saya pergi ke satu kedai di Sungai Besar, Selangor.  Kedai ini boleh berikan sebuah Helikopter yang tak kecil sangat dan tak besar sangat dengan harga yang murah.  Tercapai juga keinginan saya.

Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

BEBAN RAKYAT DIKURANGKAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Rakyat hari ini yang berpendapatan rendah terasa agak terbeban dengan pelbagai kenaikan.  Dikatakan ekonomi Negara semakin baik tetapi rakyat masih terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan dan pengurangan subsudi.

Saya masih ingat dulu, harga 1 kg gula ialah RM1.20 saja. Sekarang harganya dah menjangkau RM2.80. Sepatutnya semakin maju sesuatu ekonomi Negara itu, rakyat semakin senang. Ini dah terbalik.

Saya menegur tak bermakna saya membangkang.  Saya cuma meluahkan pandangan saya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

KANGKUNG SEMAKIN LARIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Semalam seharian saya perasan hampir semua kenalan saya upkan status berkenaan kangkung.  Saya pun jadi hairan tetapi pada masa yang sama, saya tahu memang ada 'sesuatu' yang telah berlaku.  'Sesuatu' itu telah menjadikan kangkung popular dalam masa tak sampai sehari.

Banyak juga pihak bagi pelbagai jenis pendapat.  Tetapi pandangan saya menyatakan rakyat kini sangat terbeban dengan pelbagai jenis kenaikan dan penarikan subsidi.  Terutamanya Minyak.  Sepatutnya Kerajaan mengkaji semula kenaikan minyak disebabkan kenaikan minyak akan secara otomatiknya menaikkan harga semua barang.

Harga kangkung mungkin murah disebabkan sesetengah rakyat boleh dapatkan secara percuma di tepi-tepi jalan.  Tapi bagi saya, kangkung bukan satu persamaan yang 'kuat' untuk menunjukkan penurunan harga barang.  Sepatutnya pihak Kerajaan kena mengkaji semula sebab harga barang naik dan cari penyelesaian.  Rakyat bukan semuanya kaya raya tapi ada yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malam?

Harap Kerajaan lebih prihatin terhadap kebajikan Rakyat sebab PRU akan datang, Rakyat inilah yang akan turun mengundi.

Published with Blogger-droid v2.0.10