Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Alhamdulillah. Baru saja Cashout
Nuffnang untuk kali Kelapan. Tak banyak pun. Itupun setelah beberapa lama tak kemaskini blog. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Nuffnang nampaknya masih bermurah hati untuk memberikan saya beberapa iklan sepanjang ketidakaktifan saya dalam dunia blog. Baru-baru ini saja saya mula mengaktifkan semula blog-blog saya.
Inilah hasilnya sepanjang saya berjinak-jinak dengan
Nuffnang. Dulunya saya tak percaya bahawa dalam dunia online boleh buat duit. Selepas saya mula membina blog dan meletakkan iklan
Nuffnang di blog-blog saya, Alhamdulillah. Ada rezeki saya dan walaupun taklah sebanyak mana tapi saya rasa syukur kepada Allah kerana tanpa izin-Nya, tak mungkin saya akan menerima sebarang pendapatan daripada blog-blog saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada
Nuffnang kerana masih meletakkan kepercayaan ke atas blog saya untuk mempamerkan iklan-iklan mereka. Semoga akan ada banyak lagi iklan yang akan singgah di blog-blog saya nanti.