Selasa, 25 November 2014

ANAK PEREMPUAN RAPAT DENGAN BAPA. BETUL KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Ada orang cakap anak perempuan ni lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya.  Betul ke?  Sebab utamanya adalah anak perempuan ni selalu setiap masa bersama ibu dan bapa kurang bersama sebab kekangan kerja.

Saya setuju sebab anak perempuan saya, Mayeesa pun macam tu.  Bukan sepenuhnya rapat dengan saya.  Tetapi apabila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia akan menerpa saya sambil nak beritahu apa yang berlaku kepadanya pada hari tersebut.  Walaupun tak faham tetapi saya layankan je.

Macam mana pula dengan anak lelaki?  Dia rapat dengan ibunya lebih daripada bapanya ke?  Saya rasa sama je.  Sebabnya adalah kurang bersama dengan anak.  Sebab itulah anak mencari bapa atau ibunya yang baru balik kerja sebab setengah hari tak berjumpa.  Bila berjumpa, si anak itu ingin melepaskan rindu dengan memeluk dan minta didukung.  Lepas itu, dia akan terus sambung bermain.

Ini cuma pendapat saya.  Kalau korang ada pendapat lain, silakanlah kongsi di ruang komen.

Terima kasih.

Rabu, 1 Oktober 2014

HARGA MINYAK RON 95 NAIK 20 SEN MULAI 12.01 PAGI 2 OKTOBER 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berita baru saya terima menyatakan harga minyak petrol RON95 akan naik 20 sen berkuatkuasa 12.01 pagi 2 Oktober 2014.

Apa yang kita mampu buat?

Redha je la.

Posted via Blogaway

Sabtu, 20 September 2014

SENANG KE BEKERJA SAMBIL BELAJAR?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramai ke kawan-kawan yang masih bekerja tapi sambung belajar terutama secara jarak jauh?  Saya memang dah rancang sejak saat-saat akhir nak habis diploma saya di UiTM dulu untuk bekerja dulu.  Kemudian, dah dapat kerja yang stabil, saya nak sambung belajar sambil bekerja.  Alhamdulillah.  Perancangan saya itu tercapai dengan izin Allah.

Senang ke bekerja sambil belajar?  Ada yang kata senang dan ada yang kata tak senang.  Saya rasa semuanya bergantung kepada diri sendiri.  Bagi yang belum berkahwin, masa terluang agak banyak jika pandai uruskan tetapi kalau diikutkan sikap "nanti dululah" atau "esok je lah", memang bagi banyak mana masa pun takkan cukup.

Itu orang yang belum berkahwin.  Bagi saya yang dah berkahwin dan ada anak ini.  Cabarannya lagi besar.  Masa memang sangat kurang.  Gangguan pun banyak.  Jadi, kita kena cari masa dan guna sehabis baik masa tersebut.  Pada masa yang sama, masa dengan keluarga jangan abaikan.  Tak guna juga kita belajar separuh mati dan dapat keputusan cemerlang tetapi keluarga kita terabai dan anak-anak kita langsung tak rapat dengan kita.

Oleh itu, senang atau susah bekerja sambil belajar ini subjektif.  Senang ceritalah, ia jadi susah bila kita fikir ia susah dan ia jadi senang bila kita fikir ia senang.  Mindset kita yang menentukan segalanya.

Betul tak?

Khamis, 11 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

Klik Banner untuk join

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lama Bro Ben tak buat apa-apa segmen.  Tapi kali ini dia buat satu segmen yang ringkas tapi bagi saya menarik.  Oleh itu, saya pun ambil keputusan untuk join segmen bro Ben kali ini.

Serba sedikit latar belakang saya secara ringkas?
Simple.  Hehehe. Ringkas tak?
Saya seorang lelaki yang dah berkahwin dan ada seorang isteri serta seorang anak perempuan yang comel.

Kelebihan blog saya ini?
Blog saya ini simple je.  Blog saya wujud selepas blog lama : www.mohdnaser.blogspot.com ada orang khianat dan letak virus.  Oleh sebab semangat berblogging saya belum luntur, saya wujudkan blog baru ini.  Sesiapa yang pernah join segmen saya dulu mesti kenal blog lama saya.
Kebanyakkan cerita dalam blog saya ini lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang lelaki.  Ada juga saya ceritakan tentang anak perempuan saya.

Impian saya jadi blogger?
Dulu masa mula buat blog, impian saya nak jana pendapatan melalui blog.  Tulis apa yang saya suka dan kongsi kepada semua orang.  Memang saya berjaya menjana pendapatan melalui blog walaupun bukan dapat setiap bulan tetapi seperti saya tulis di atas, ada orang khianat dan letak virus dalam blog lama saya sampai Google block blog tersebut.  Saya dah bersihkan dan bagi penerangan kepada Google, Google unblock blog saya tetapi masalah masih berlaku iaitu sesiapa yang letak url blog saya di blog mereka, tiada sebarang update di url blog mereka padahal saya selalu updated blog.  Kecewa juga masa itu.

Impian saya masih sama.  Saya nak menjana pendapatan melalui blog.  Masih tak berubah dari dulu hingga kini.

Siap.  Segmen ini ditutup pada 11hb September 2014 jam 8 malam.

Selasa, 9 September 2014

SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER IRRAYYAN.COM

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya join segmen bloglist lagi.  Banyak kan malam ini saya join segmen bloglist?  Sebab segmen bloglist yang saya join ini tak banyak songeh sangat.  Suruh like sana sini.  Saya lebih suka simple dan pantas.

Lagipun segmen bloglist agak menarik juga sebab walaupun nampak macam tak ada hadiah tapi ada hadiah sebenarnya.  Hadiahnya adalah persahabatan.  Sekarang ini mudah untuk menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan baru di alam maya walaupun tak pernah bersua muka.

Apa yang penting?  Sama-sama kita support segmen-segmen yang rakan-rakan di alam maya anjurkan.  Baru meriah. Kan?

SEMESTER BARU DAH TIBA

Sidang Akademik 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semester baru dah tiba.  Tahun ini adalah tahun kedua saya sebagai pelajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM).  Alhamdulillah, semester a.k.a tahun pertama saya lepas dengan jayanya.

Assignment dan tugasan kumpulan dah ada.  Yang teruk ada tugasan yang perlu temuduga dan kena buat presentation guna video.  Bukan presentation macam biasa yang kita present depan pensyarah tapi kita kena buat video presentation dan serahkan kepada pensyarah untuk tengok.

Ada juga tugasan yang suruh buat blog.  Entahlah apa kriteria yang pensyarah nak untuk buat blog tapi Insya Allah saya boleh buat sebab ada sikit pengalaman buat blog.

Ada beberapa subjek pensyarah belum kemaskini lagi tugasan apa yang perlu dibuat.  Kita tunggu dan lihat je la.  Apa-apa pun, mana yang pensyarah dah upload tugasan, kena buat awal-awal supaya masa kursus insentif 3 minggu nanti boleh fokus untuk mid term exam.

Buku teks dengar cerita pihak USM dah pos dan akan sampai kepada saya bila-bila masa.  Memang mencabar juga belajar sambil bekerja.  Tambah lagi dah kahwin dan ada anak.  Tapi saya anggap semua ini cabaran untuk saya lebih berjaya.

SEGMEN : NAK BLOG URL BY MACAM-MACAM CERITA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Satu lagi segmen saya join malam ini.  Memang kalau ada banyak masa macam dulu, banyak segmen saya boleh join dalam satu malam.  Tetapi sekarang ini masa terhad dan ada perkara yang lebih penting untuk difokuskan.

Tetapi, kalau ada peluang mesti saya join sebab segmen daripada rakan-rakan alam maya awesome.  Rugi tak join.

Segmen ini berlangsung dari 3 September 2014 - 12 September 2014.

BLOGLIST KERANA KAU ADA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak update blog saya.  Bukan sibuk sangat pun tetapi cuma rasa malas.  Padahal dulu blog sentiasa update saja.  Ada kes yang dah sebabkan semangat berblogging saya jatuh merudum ditimpa tangga.

Anyway, kali saya nak join segmen bloglist daripada Mimbar Kata.  Saya sokong rakan-rakan dunia maya kalau buat segmen selagi termampu.  Tak rugi apa pun.

Segmen bloglist ini berakhir pada 9hb September 2014.


Khamis, 31 Julai 2014

ADVERTORIAL : PENDAPATAN 5 - 6 ANGKA SEBULAN? TIPULAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mesti anda ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan pendapatan 5 - 6 angka sebulan?  Sebenarnya saya TIPU anda.  Perkara yang sebenarnya adalah anda boleh mendapatkan pendapatan 5 - 6 angka sebulan dengan BERUSAHA.  Ayat tajuk di atas tak ditulis dengan penuh.
Apa yang anda perlu buat adalah menjadi SIHAT.  Susah sangat ke nak menjadi SIHAT?  Ya, memang susah ... sekiranya anda tak ada kemahuan untuk menjadi SIHAT.
Apa yang perlu saya buat untuk jana pendapatan 5 - 6 angka dan menjadi SIHAT?
Senang saja.  Mula-mula anda boleh menjadi Ahli secara PERCUMA ataupun Ahli secara BERBAYAR.  Pilihan terletak di tangan anda.  Sekiranya berminat, teruskan membaca.
Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-
1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 (Kos Pos). Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi Katalog, Panduan Produk dan Manual Perniagaan.
ATAU
2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.
Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.
Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan? Makan sendiri pun dah boleh dapat bonus.
Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat di situ.
Justeru itu, jika anda prihatin dengan kesihatan dan juga peluang meningkatkan ekonomi - Saya secara peribadi menjemput anda menjadi sebahagian dari keluarga Sihat dan Menawan.
Pelaburan untuk :
- Lebih Sihat
- Lebih Cantik
- Memiliki rangkaian perniagaan
- Pendapatan 5 - 6 Angka sebulan
- Tiada Boss
- Kerja Part Time dari rumah dan potensi pendapatan tanpa had
- Pelancongan dan Umrah setiap tahun
- Dan banyak lagi !
PM atau Whatsup saya, 011 1144985 (Mariam Hamidon) untuk mendapatkan produk Shaklee dan menjadi ahli Shaklee. Sy berdaftar dgn ID#1102915.


Posted via Blogaway

Selasa, 1 Julai 2014

SYUKUR MASIH ADA MAKANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Cuaca pun sekarang ini panas terik dan hujan pun jarang-jarang sangat turun. Tetapi, Alhamdulillah Allah masih berikan kita rezeki kesihatan yang baik dan masih mampu berpuasa.

Sekarang ini tengah demam Piala Dunia. Mungkin orang akan kata saya ini kolot sebab tak minat tengok Piala Dunia tapi takpe. Saya malas nak bangun pagi-pagi buta semata-mata nak tengok bola je. Saya cuma minat tengok keputusan je. Hehehe.

Apa yang ada dalam pinggan kita itu adalah rezeki yang Allah dah tetapkan kepada kita. Jangan merungut. Bersyukurlah masih ada makanan dalam pinggan kita kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara seislam kita di negara-negara yang sedang bergolak.

Bersyukur dapat menghindarkan kita dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri.


Posted via Blogaway

Isnin, 30 Jun 2014

SYAITAN DIIKAT, NAFSU BERMAHARAJALELA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Sekarang dah masuk hari kedua Ramadhan. Petang semalam, saya ke pasar Ramadhan berdekatan rumah saya. Terlambat sikit saya pergi, banyak juadah berbuka telah habis dijual.

Tapi, dapat juga saya membeli beberapa jenis juadah berbuka dan lauk pauk untuk bersahur nanti. Walaupun tak sebanyak mana tetapi ada juga juadah untuk dijamah pada waktu berbuka nanti.

Setiap tahun saya selalu terlupa di awal bulan Ramadhan, masyarakat kita terlalu teruja dan memang pasti bazar Ramadhan akan penuh dengan orang ramai. Sampai di tengah-tengah Bulan Ramadhan, masyarakat mula sibuk mencari persiapan raya.

Di akhir bulan Ramadhan, bazar Ramadhan akan penuh semula kerana orang ramai sibuk membuat persiapan raya sehingga tak sempat memasak di rumah.  Lagipun di bazar Ramadhan banyak pilihan juadah makan untuk dipilih.

Walaupun Syaitan telah diikat, tetapi kita kena ingat, nafsu kita masih bebas dan boleh mempengaruhi kita. Sentiasa lah beringat dan cuba mengawal nafsu kita supaya tidak membazir di bulan yang mulia ini.


Posted via Blogaway

Ahad, 29 Jun 2014

RAMADHAN DAH TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Mood untuk update blog ni datang tak tentu masa.  Walaupun sibuk, saya sepatutnya dapat update 1 entry setiap hari tapi rasa malas.  Bukan sebab tak ada orang baca tapi just lazy.

Apa-apa pun, Ramadhan dah tiba. Pada masa saya update entry ini, dah masuk Ramadhan hari pertama. Hari pertama berpuasa. Harap tahun ini dapat berpuasa penuh dan tiada halangan untuk tidak berpuasa.

Nafsu makan masa berbuka nanti pun kena belajar kawal. Takut membazir dan sudah semestinya terpaksa dibuang padahal ramai di luar sana yang kelaparan.

Saya doakan semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada semua pembaca blog saya ini.


Posted via Blogaway

Jumaat, 30 Mei 2014

SEGMEN : MINI TOPUP GIVEAWAY BY JURNAL SETIAUSAHA LELAKI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog ini.

Sekarang ini mood untuk updated selalu ke laut.  Mungkin sebab tekanan kerja yang berlambak-lambak diikuti dengan peperiksaan akhir yang makin hampir serta ditambah pula dengan rasa malas menyebabkan blog ini tak terupdate.

Kali ini saya nak join satu segmen yang hadiahnya TOPUP.  Segmen giveaway ini dianjurkan oleh seorang yang dia panggil dirinya Jurnal Setiausaha Lelaki.  Kenapa? Jangan tanya saya, tanya diri empunya terus.

Segmen ini agak mudah dan senang untuk disertai.  Oleh itu, saya menjemput semua kawan-kawan untuk join dan support segmen ini.

Bukan hadiah yang kita harapkan tetapi ikatan silaturrahim yang kita dambakan.

Tarikh tutup segmen giveaway ini adalah pada 04.06.2014.

Khamis, 29 Mei 2014

RUMAH TERBALIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Dalam beberapa minggu lepas, saya dan keluarga saya dapat mencari segenap masa untuk bercuti ke Negeri Sabah. Apa yang saya lihat di Sabah lebih kurang saja berbanding suasana di Malaysia. Tetapi banyak juga tempat menarik yg dapat saya terokai antaranya adalah Rumah Terbalik.

Dah nama pun Rumah Terbalik dan sudah semestinya semua barang di dalam rumah tersebut berada di kedudukan terbalik. Menurut lagenda, Rumah Terbalik ini adalah sumpahan yang dikenakan kepada satu di satu daerah di Sabah tapi saya tak ingat. Disebabkan anak mereka yang nakal dan membuat perkara terlarang, maka keluarga mereka telah disumpah dengan diterbalikkan rumah mereka. Itu yang diceritakan pemandu pelancong tersebut cuma sahih atau tak, hanya Allah saja yang tahu.

Di dalam rumah terbalik ini tak boleh langsung ambil gambar. Nanti akan didenda oleh mereka. Apa yang kita jangka bila berada di dalam sebuah rumah yang terbalik? Sudah semestinya semua benda yang sepatutnya berada di bawah akan berada di atas dan benda yang berada di atas akan berada di bawah. Cuma yang mengagumkan saya mengenai cara mereka melekatkan barang-barang seperti sofa, barangan dapur, katil dan yang paling berat ... Mesin Jahit Singer yang jenis lama.

Kalau korang pergi bercuti di Negeri Sabah, bolehlah cuba untuk melawat Rumah Terbalik. Harga tiket seingat saya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Antara salah satu tarikan menarik di Negeri Di Bawah Bayu ini ialah Rumah Terbalik ini.

Khamis, 22 Mei 2014

BALING BARANG DAN BERGULING

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mayeesa dah pandai sekarang ini. Kalau dia nak sesuatu, dia nak benda tu. Kalau tak dapat, mulalah baling-baling barang dan sudah semestinya berguling-guling atas lantai.

Dah makin besar Mayeesa, makin kuat cabaran saya sebagai bapa. Tapi, apa-apa pun, Mayeesa tetap comel dan saya selalu rasa nak gigit tangan comel dia. Hehehe.

Takpelah. Mungkin ini adalah cara menunjukkan perasaan dia. Kita layankan je. Nanti lama-lama dia oklah tu. Biasalah, kecil lagi. Tak tahu apa-apa lagi.

Nanti dah ada adik, macam manalah perangai Mayeesa nanti? Hmmm...


Posted via Blogaway

SEGMEN BLOGGING + MENANG HADIAH!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Dah lama sangat saya tak update blog saya ini. Alasan utama sudah semestinya sibuk tapi hakikatnya malas. Tak apalah. Sekarang rasa rajin dah datang semula. So, saya mulakan penulisan saya hari ini dengan ucapan hari guru.

Guru kita bukan hanya di sekolah atau di universiti. Tapi orang yang rapat dengan kita seperti isteri, suami, emak, ayah, keluarga mertua dan  juga boleh jadi guru kita. Mungkin bukan secara rasmi. Termasuk kawan-kawan tapi kita pasti ada belajar sesuatu daripada mereka. Yang mungkin secara langsung ataupun tak langsung. Cuma kita saja tak perasan.

Oleh itu, kita kena belajar menghargai mereka sebaik mungkin. Betul tak?

Posted via Blogaway

Sabtu, 22 Februari 2014

DAH PANDAI BUAT MIMIK MUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah pandai buat mimik muka.  Yang seronoknya, bila dia buat mimik muka, mesti saya dan isteri rasa nak gelak.  Sebab kelakar sangat.

Sesiapa yang tengok pun tergelak.  Mimik muka Mayeesa comel dan boleh buatkan orang yang tengok rasa nak gelak je.

Tak apa Mayeesa sayang papavdan mama.  Nanti dah besar sikit, boleh masuk Maharaja Lawak guna mimik muka Mayeesa je.

Ada sesiapa nak undi Mayeesa nanti tak?


Posted via Blogaway

Khamis, 6 Februari 2014

HASIL SELAMA BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah.  Baru saja Cashout Nuffnang untuk kali Kelapan.  Tak banyak pun.  Itupun setelah beberapa lama tak kemaskini blog.  Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Nuffnang nampaknya masih bermurah hati untuk memberikan saya beberapa iklan sepanjang ketidakaktifan saya dalam dunia blog.  Baru-baru ini saja saya mula mengaktifkan semula blog-blog saya.


Inilah hasilnya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Nuffnang.  Dulunya saya tak percaya bahawa dalam dunia online boleh buat duit.  Selepas saya mula membina blog dan meletakkan iklan Nuffnang di blog-blog saya, Alhamdulillah.  Ada rezeki saya dan walaupun taklah sebanyak mana tapi saya rasa syukur kepada Allah kerana tanpa izin-Nya, tak mungkin saya akan menerima sebarang pendapatan daripada blog-blog saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang kerana masih meletakkan kepercayaan ke atas blog saya untuk mempamerkan iklan-iklan mereka.  Semoga akan ada banyak lagi iklan yang akan singgah di blog-blog saya nanti.


OHSEM GIVEAWAY BY MUNIRAH RAHMAN

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway yang ohsem ini dianjurkan oleh Munirah Rahman.  Seperti biasa, giveaway ini memang sangat mudah untuk disertai.  Tak banyak sangat syarat-syaratnya.  Walaupun memang ada syarat-syaratnya, cuma taklah sebanyak dalam giveaway-giveaway yang pernah saya sertai.

Giveaway ini tamat pada 18hb Februari 2014.

FIRST GIVEAWAY BY CHE DYLA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway lagi si Nasz asyik kemaskini blog dia.  Asyik-asyik giveaway.  Hehehe.  Takpelah, beri sokongan kepada blogger yang menganjur pun bagus juga.  Memang nampak macam blog saya ini penuh dengan giveaway dan segmen saja.  Saya kena sedar, blog saya ini bukan ramai orang tahu pun.  Bukan popular pun.  Sekurang-kurangnya dengan menyertai segmen dan giveaway sebegini dapat memperkenalkan blog saya kepada blogger-blogger lain.

Lagipun, giveaway ini kan untuk menang hadiah.  Tak menang hadiah, menang kawan baru dan trafik.  Kita mana nak duduk goyang kaki tunggu pembaca datang ke blog kita, mestilah kita kena usaha untuk promosi blog kita. Itu yang penting dalam memastikan blog kita dikenali.

Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1hb Mac 2014.

MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sertai mini giveaway yang hadiahnya dalah sebuah novel.  Dulu minat juga baca novel-novel ini.  Masa sekolah menengah, suka baca novel berunsurkan penyiasatan.  Kemudian, masuk saja zaman universiti, saya suka baca novel bahasa inggeris seperti True Singapore Ghost Story, Da Davinci Code, The Templar, Angels & Demons, The Symbol dan lain-lain.

Sekarang ini, saya agak sibuk nak baca novel tapi kalau dapat hadiah novel ini, Insya Allah saya akan baca.  Mini giveaway ini senang sangat nak sertai.  Syarat-syarat yang disediakan pun sangat senang.

Tarikh tutup mini giveaway ini adalah pada 22hb Februari 2014 jam 8.00 malam.

GIVEAWAY GADIS FLORAL BY CIK AKIE

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Untuk kesekian kalinya saya menyertai giveaway.  Memang saya mula seronok menyertai giveaway ini.  Antara sebabnya adalah trafik ke blog saya meningkat dari hari ke hari.  Kalau saya aktif, memang mencanak trafik.  Tapi, tak boleh dibandingkan dengan blog-blog otai dan popular di luar sana kalau nak dibandingkan dengan blog biasa-biasa saya ini.

Tapi, saya bangga sebab saya ada blog.  Bukan semua orang mampu buat blog.  Setakat guna air liur kata "saya pun boleh buat blog" tapi sampai sekarang blognya tak wujud pun, saya pun boleh buat.  Cakap saja tapi tak buat.

Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini taklah susah sangat.  Semua blogger boleh ikut.  Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 15hb Februari 2014.

2ND GIVEAWAY BY NINA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini boleh sertai mana-mana giveaway lagi.  Oleh itu, saya dengan pantas ingin menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Nina ini.  Giveaway ini ada banyak hadiah sebab banyak sponsor.  Oleh itu, agak banyak jugalah syarat-syaratnya tapi bagi saya kira oklah.  Ada sesetengah giveaway yang saya sertai, macam-macam kena buat, follow, like dan bagai-bagai lagi.

Saya harap menang hadiah ke?  Harapan itu ada tapi macam biasalah, saya tak naklah letak harapan menggunung setinggi gunung Everest.  Cuma, kalau saya menang, Alhamdulillah, itu adalah rezeki saya.  Kalau tak menang, tak apalah, mungkin ada hikmahnya.  Kan?

Saya nak kena tag 2 orang :

Hana Jalil
Miss Hunymadu

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 7hb Februari 2014.

Rabu, 5 Februari 2014

WW : TENAGA UNTUK STUDI


Posted via Blogaway

WW : YAKINLAH..


Posted via Blogaway

Selasa, 4 Februari 2014

MOTOR BESAR MAYEESA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.
Siapa kata Mayeesa tak boleh naik motor besar? Mayeesa pun ada motor besar tau? Hehehe.
Ini gambar lama masa saya dan isteri saya berjalan-jalan di satu shopping complex.  Biasanya Mayeesa tak nak duduk dalam benda-benda macam ini tapi kali ini dia layan pula.
Dengan penuh anggun dia duduk dan tak menjerit suruh angkat pun.  Sempat saya snap beberapa keping gambar pada masa itu.
Yang menghairankan, motor Mayeesa ini pakai stereng dan bukannya pemegang. Hehehe.

Posted via Blogaway

1ST GIVEAWAY BY NUR LOVEKASIH BLOG

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bagi kesekian kalinya saya menyertai giveaway lagi.  Saya tak mengharapkan apa-apa kemenangan cuma hakikat diri ini ingin menyertai giveaway ini adalah dari lubuk hati yang suci dan murni. Ewah. Berpujangga pula saya pula kan? Hehehe.

Giveaway ini dianjurkan oleh Nur Lovekasih blog.  Bukan hadiah yang dipandang tapi keseronokan mengemaskini blog yang penting.  Tetapi, kalau ditakdirkan adalah rezeki saya, saya terima dengan hati yang terbuka.

Tentatif giveaway ini adalah seperti berikut :

#12 Feb 2014 - senarai peserta akan dikeluarkan.
#13 Feb 2014 - pengumuman para pemenang

FANTASTIC GIVEAWAY BY SYAZA



Fantastic Giveaway By Syaza
Due date : 22 Mac 2014

Banyak Hadiah Menarik Menanti Anda !

Top Refferal (1 pemenang)

1 Blouse
1 Novel "Gadis Berniqab"
1 Shawl from Madinah
1 set produk kecantikan bernilai RM 40
1 helai shawl ( 2 ton )
1 Army T-shirt Nerd
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5

Top Refferal Kpopper ( 1 pemenang )

1 Peplum Blouse
1 set Exo December Fridge Magnet
1 Baju Infinite + 1 random button Exo
1 EXO Lay The Celebrity Poster
1 EXO Kai The Celebrity Poster
1 Army T-shirt Nerd
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5

Random
Skirt x 2
T-shirt Running Man x 1
Smurf Shoes Hp Plug x 1
Bantal berharga RM 50 x 1
Tudung bawal x 1
Tudung Bawal Plain x 1
Glitter Shawl x 1
1 Cathy Doll + 1 Compact Powder
Heartshape Stick x 1
Mustache Stick x 2
Cute Keychain x 2
Keychan Bear x 2
1 Hairclip + 1 Brooch x 2
4 bookmark + 2 brooch x 2
Topup RM 5 x 1
Topup RM 10 x 1
Baucer diskaun 10% x 5
Baucer diskaun RM 3 x 5
Transparent Header x 2
Poskad Korea + blogger card mini calendar + topup RM5 x 1



*************************************************************

Review Khas Elvee Exclusive Closet

Elvee Exclusive Closet menjual pelbagai jenis pakaian yang sangat cantik dan membuatkan anda sentiasa tampak
bergaya . Harga pakaian yang dijual semuanya amat berpatutan . Antara salah satu koleksi Elvee Exclusive Closet
ialah Princess Maxi Dress . Ala-ala princess gitu :)

Photo

Berminat ? Lekas hubungi Elvee Exclusive Closet di Facebook .

*************************************************************

Butiran Diri Saya

Nama Fb :
Nama Twitter : 
Nama Instagram :

Syarat Longgar :

Link share gambar ElveeCraft :
Link Join Giveaway Luhan Wife :
Username WhoAA : 

Kalau korang tak buat syarat longgar tu pun takpe :)

FIRST GIVEAWAY BY IZNI SOFIA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak sertai satu giveaway lagi.  Giveaway ini hadiah-hadiahnya memang marvelous dan fantastik.  Hadiah-hadiahnya adalah :

Samsung S4 *boleh pilih warna -1pemenang
Jam Touch Screen *boleh pilih warna -2pemenang
Beg galas *boleh pilih idol -1pemenang

Mesti korang pun terkejut kan? Saya lagilah terkejut. Bukan senang nak menang sebab ramai yang sertai tapi apa salahnya mencuba kan? Ada rezeki, Alhamdulillah.  Tak ada rezeki, redha je la.  Mungkin Allah dah tetapkan yang lebih baik untuk saya.

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 30hb Mac 2014.

1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY BY MADIHAH


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Terima kasih kepada sponsor :

  
Senarai Hadiah
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Bookmark felt-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Hadiah misteri-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Keychain nama sendiri -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Set beauty -  GAMBAR
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Keychain -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM10-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM10 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 - (New)
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Banner -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Review blog -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Header -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Transparent header -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif 1black mask dan brooch -



Kalau peserta melebihi 100 orang, saya akan tambah novel untuk seorang ^_^