Ahad, 12 Januari 2014

BERMULA SEMULA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini merupakan blog persendirian saya yang terbaru selepas blog lama saya iaitu http://mohdnaser.com mengalami masalah.  Sebelum ini, blog tersebut telah diserang virus dan pihak Google telah menyekat akses semua pembaca saya ke blog tersebut.

Saya dah cuba pelbagai cara untuk perbetulkan blog tersebut tapi tak berjaya.  Akhirnya saya terpaksa padamkan semua entry yang saya letakkan dalam platform wordpress dan kembali ke blogspot. Masa itu saya fikir masalah saya dah selesai tetapi masalah lain pula yang berlaku.

Setiap entri yang saya tulis tidak dikemaskini di blog-blog rakan-rakan yang ada link ke blog saya.  Apabila mereka klik link tersebut, akan keluar Error 404.  Ia membuatkan pelawat ke blog saya semakin berkurangan dan hampir tiada langsung pelawat.

Oleh itu, blog ini terpaksa diwujudkan untuk memberi saya peluang kedua kepada diri saya untuk kembali aktif berblogging semula.  Kepada semua rakan-rakan, selamat datang ke blog ini.  Semua hasil entri di blog ini akan memanfaatkan rakan-rakan semua.