Rabu, 5 Ogos 2015

"ICHA NGAH IPAT AJU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah hari ini selepas balik dari pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Isteri saya dan Mayeesa masuk rumah dan terus ke bilik.  Tiba-tiba Mayeesa keluar dan ke bilik sebelah.

Saya : Sayang, Mayeesa mana?

Isteri : Tadi dia kata nak lipat baju.

Saya : Lipat baju?

Saya terus ke bilik sebelah.



Dan memang betul dia tengah lipat baju.

Saya : Icha tengah buat apa tu?

Mayeesa : Icha ngah ipat aju.

Saya : Rajinnya anak papa.  Bagus.

Alhamdulillah.  Tak perlu disuruh untuk lipat baju dan Mayeesa dengan rela hati nak lipat baju.  Mungkin sebab dia selalu tengok ibu dan ayah dia lipat baju.  Sebab itu jadi ikutan.

Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri yang baik dan anak yang comel serta baik.

Alhamdulillah.

PENCARIAN BLOGLIST AISYAH NYAIS BULAN OGOS 2015

Nak sertai? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sertai lagi segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger.  Saja nak memeriahkan lagi dunia maya ini.  Lagipun penting sertai segmen sebegini untuk berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baru dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah di antara blogger.

Penganjur segmen ini minta untuk komen sikit blognya.  Oleh itu, ini adalah komen saya yang tak seberapa :

Blog penganjur bagi saya dah bagus.  Saya lebih pentingkan blog yang mudah untuk akses dan masa untuk loading page  yang tak lama.  Kira blog yang simple dan ringan saja.  Secara keseluruhannya, blog penganjur ini bagus dan mudah untuk diakses.

Saya jemput semua kawan-kawan untuk sertai segmen ini.  Segmen ini mudah saja.

Akhir kata daripada saya, sekian terima kasih.

PENTING KE PEMERIKSAAN KANDUNGAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kandungan isteri dah dekat 35 minggu dah. Jadi, kekerapan pemeriksaan kandungan di klinik semakin kerap sebab tarikh jangka bersalin semakin hampir.

Penting ke pemeriksaan kandungan ini? Bagi saya, ia penting untuk memastikan kandungan sihat dan aktif.  Alhamdulillah, setakat ini kandungan dalam perut isteri saya aktif.

Sekarang ini isteri saya buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.  Dulu masa Mayeesa dulu, kami buat di Klinik Kesihatan Bagan Datoh. Isteri saya plan nak beranak di Hospital Putrajaya tapi ramai kawan-kawan beritahu Hospital Putrajaya ini selalu penuh. Takpelah, kami cuba dulu di sana nanti.

Insya Allah. Mohon doakan kesihatan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan itu.