Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Selesai sudah saya mendaftar subjek PJJ saya semester depan. Memang dari awal semester dua lagi saya rancang untuk buat Ijazah dalam masa 5 tahun. Tak nak kelam kabut sebab kalau boleh nak score di setiap semester.
Setakat semester 1 dan 2, Alhamdulillah pointer saya masih 3.00 ke atas lagi. Saya rancang untuk perbaiki pointer saya untuk semester 3 ini. Tapi biasalah. Bila belajar sambil bekerja ini, macam-macam dugaan yang saya kena hadapi. Saya tak pasti apa akan berlaku tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk perbaiki pointer saya semester depan.
Saya minta kawan-kawan doakan saya ye?
Terima kasih banyak-banyak.
Memaparkan catatan dengan label PPPJJ USM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPPJJ USM. Papar semua catatan
Jumaat, 7 Ogos 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
BELAJAR SAMBIL KERJA SENANG KE?
Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Belajar sambil kerja senang ke? Persoalan ini saya tak pernah fikirkan semasa belajar sepenuh masa di UiTM Seri Iskandar Perak dulu. Pada masa itu, fikiran saya selepas selesai Diploma, saya nak sambung belajar secara jarak jauh. Memang dah rancang untuk sambung Ijazah selepas dapat kerja. Niat saya masa itu adalah tak sanggup nak susahkan ibu saya yang kena kerja seorang diri untuk sara kami empat beradik.
Masa itu ada seorang staf UiTM pun sambung belajar jarak jauh di USM. Dia ceritakan kelebihan belajar di USM dan saya pun terus berminat. Memang dari sejak itu, sasaran saya adalah untuk sambung Ijazah di USM secara jarak jauh. Masa itu memang saya tak fikir tekanan kerja dengan tekanan belajar.
Sekarang saya dah tahu. Belajar sambil bekerja ini sekiranya tak diuruskan dengan baik boleh jadi beban kepada saya. Saya dah rasa untuk dua tahun berturut-turut. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belajar. Belajar pun sehari sebelum peperiksaan akhir. Memang masa itu otak saya push sehabisnya.
Kalau nak belajar sambil kerja boleh saja. Tetapi kena pandai uruskan masa. Tugasan yang pensyarah bagi, siapkan secepat mungkin. Setiap kali pensyarah upload sidang video dalam portal, cepat-cepat tengok dan buat nota. Jangan jadi macam saya, belajar last minutes.
Yang pasti, belajar sambil kerja ini adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada individu tersebut. Ingat, bergantung kepada individu tersebut. Bermakna kita yang tentukan belajar sambil kerja senang atau susah.
Lu pikir la sendiri (pinjam ayat Nabil).
Isnin, 3 Ogos 2015
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN USM TAHUN KEDUA (PENGURUSAN ORGANISASI)
gambar hiasan (kredit Google)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini keputusan peperiksaan Tahun kedua (Pengurusan Organisasi) saya telah keluar. Pukul 9.00 pagi tadi. Memang sebelum keputusan penuh keluar, keputusan provisional akan keluar dulu. Dan Alhamdulillah semua sabjek yang saya ambil semua LULUS.
Hari ini keluar keputusan penuh dan sekali lagi Syukur kepada Allah keputusan saya masih cemerlang walaupun tahun ini tak dapat merangkul Anugerah Dekan seperti mana tahun lepas. Tetapi tak apalah sebab tahun ini memang agak mencabar kerana bermacam halangan dan saya pula belajar 'last minutes' untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Pada masa yang sama, ada beberapa tugasan yang saya tertinggal dan tak sempat nak selesaikan disebabkan masalah internet dan pertukaran tempat kerja. Tetapi saya masih bersyukur kerana keputusan tak jatuh teruk cuma tak dapat Anugerah Dekan.
Saya perlu bersedia awal tahun depan sekiranya nak capai keputusan yang lebih baik. Oleh itu, saya perlu tetapkan matlamat dan terus ke hadapan. Semoga Allah akan merahmati usaha saya untuk menambah ilmu ini.
Amiiin.
Label:
exam,
keputusan peperiksaan,
organisasi,
pengurusan,
PPPJJ USM
Rabu, 27 Mei 2015
EXAM MINGGU DEPAN ... APA PUN TAK STUDY LAGI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama tak update blog. Mayeesa pun dah besar dan nak dapat adik dah pun. Tapi belum keluar lagi pun.
Exam tahun kedua saya di USM bermula minggu depan. Dan yang pastinya satu apa pun tak study lagi. Sekarang tengah sibuk print sidang video dan baca balik nota-nota yang pensyarah bagi. Entahlah boleh dapat Dekan tak tahun ni macam tahun lepas.
Saya belajar secara jarak jauh di USM. Secara jujurnya kelas setiap minggu memang saya tak pernah pergi. Sidang Video yang pensyarah upload dalam portal pun memang sangat jarang buka. Ingat tahun lepas je jadi macam ni. Tahun ni saya memang berazam untuk study betul-betul. Hakikatnya ia cuma azam kosong saja.
Study last minutes dah jadi sebati dalam hidup saya nampaknya. Tahun ini pula sabjek-sabjek memang tough juga. So, harap sangat dapat score walaupun mungkin tak dapat Dekan. Kalau dapat Dekan, rezeki anaklah saya anggap.
Dah. Nak sambung kerja dan study yang entah bila nak mula. Anyway, mohon jasa baik korang untuk doakan saya boleh jawab exam minggu depan ye?
Terima kasih banyak-banyak.
:-)
Selasa, 9 September 2014
SEMESTER BARU DAH TIBA
Sidang Akademik 2014/2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semester baru dah tiba. Tahun ini adalah tahun kedua saya sebagai pelajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM). Alhamdulillah, semester a.k.a tahun pertama saya lepas dengan jayanya.
Assignment dan tugasan kumpulan dah ada. Yang teruk ada tugasan yang perlu temuduga dan kena buat presentation guna video. Bukan presentation macam biasa yang kita present depan pensyarah tapi kita kena buat video presentation dan serahkan kepada pensyarah untuk tengok.
Ada juga tugasan yang suruh buat blog. Entahlah apa kriteria yang pensyarah nak untuk buat blog tapi Insya Allah saya boleh buat sebab ada sikit pengalaman buat blog.
Ada beberapa subjek pensyarah belum kemaskini lagi tugasan apa yang perlu dibuat. Kita tunggu dan lihat je la. Apa-apa pun, mana yang pensyarah dah upload tugasan, kena buat awal-awal supaya masa kursus insentif 3 minggu nanti boleh fokus untuk mid term exam.
Buku teks dengar cerita pihak USM dah pos dan akan sampai kepada saya bila-bila masa. Memang mencabar juga belajar sambil bekerja. Tambah lagi dah kahwin dan ada anak. Tapi saya anggap semua ini cabaran untuk saya lebih berjaya.
Langgan:
Catatan (Atom)




