Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2015

"ICHA NGAH IPAT AJU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah hari ini selepas balik dari pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Isteri saya dan Mayeesa masuk rumah dan terus ke bilik.  Tiba-tiba Mayeesa keluar dan ke bilik sebelah.

Saya : Sayang, Mayeesa mana?

Isteri : Tadi dia kata nak lipat baju.

Saya : Lipat baju?

Saya terus ke bilik sebelah.



Dan memang betul dia tengah lipat baju.

Saya : Icha tengah buat apa tu?

Mayeesa : Icha ngah ipat aju.

Saya : Rajinnya anak papa.  Bagus.

Alhamdulillah.  Tak perlu disuruh untuk lipat baju dan Mayeesa dengan rela hati nak lipat baju.  Mungkin sebab dia selalu tengok ibu dan ayah dia lipat baju.  Sebab itu jadi ikutan.

Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri yang baik dan anak yang comel serta baik.

Alhamdulillah.

PENTING KE PEMERIKSAAN KANDUNGAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kandungan isteri dah dekat 35 minggu dah. Jadi, kekerapan pemeriksaan kandungan di klinik semakin kerap sebab tarikh jangka bersalin semakin hampir.

Penting ke pemeriksaan kandungan ini? Bagi saya, ia penting untuk memastikan kandungan sihat dan aktif.  Alhamdulillah, setakat ini kandungan dalam perut isteri saya aktif.

Sekarang ini isteri saya buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.  Dulu masa Mayeesa dulu, kami buat di Klinik Kesihatan Bagan Datoh. Isteri saya plan nak beranak di Hospital Putrajaya tapi ramai kawan-kawan beritahu Hospital Putrajaya ini selalu penuh. Takpelah, kami cuba dulu di sana nanti.

Insya Allah. Mohon doakan kesihatan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan itu.