Jumaat, 31 Januari 2014

NAIK BAS RAPID PENANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Setelah bertahun-tahun tak naik bas, hari ini dalam sejarah saya naik bas Rapid Penang.  Suatu ketika dulu, mana ada Rapid Penang.  Saya rasa nama bas dulu adalah City Liner rasanya.  Kalau salah tolong betulkan ye.

Suasana dan tempat duduk dalam bas dulu tak sama macam bas sekarang.  Dulu tempat duduk dalam bas berkusyen.  Bukan macam tempat duduk macam dalam bas, plastik je. Keras rasanya bila duduk.

Tetapi yang bagusnya, suasana dalam bas baru ini nampak bersih berbanding bas yang dulu.  Bas dulu dengan kotor dan berdaki je dinding bas.  Tapi, yang pasti saya merindui untuk menaiki bas lama lagi. Hehehe.

p/s :  Saya pun pernah naik bas yang tiada air cond suatu ketika dulu. Ada yang sama dengan saya?


Posted via Blogaway

MASIH BERADA DI TEKUN ...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setelah berduyun-duyun saya kemaskini blog dengan segmen dan giveaway, akhirnya saya kemaskini blog saya dengan entri terbaru saya.  Hehehe.

Di meja kayu di dalam bilik bersendirian.  Bukan saja bersendirian dalam bilik tetapi bilik sebelah sebelah dan sebelah pun tak ada orang.  Memang betul-betul bersendirian.  Kebanyakkan pelajar USM dah balik bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina ini.  Kenapa pula saya tak balik ye?


Disebabkan kelalaian sendiri, enjin kereta saya telah jammed dan terpaksa tukar enjin yang baru.  Disebabkan juga sekarang banyak kedai cuti sebab Tahun Baru Cina, kereta saya terpaksa tersadai di bengkel kawan kepada kawan saya di Penaga, Kedah.

Tetapi, kecekalan saya bukan setakat di sini saja.  Awal pagi nanti saya akan bertolak ke Butterworth dan cuba menaiki keretapi ke Kuala Kangsar untuk melepaskan rindu kepada isteri dan anak perempuan saya, Mayeesa.


Menurut isteri saya, Dua tiga hari saya tiada, Mayeesa dah mula mengamuk.  Mungkin dia rindukan saya.

"Mayeesa, papa pun rindu Mayeesa".

Itu saja yang mampu saya fikir dan luahkan.  Semoga esok adalah tempat kosong di dalam keretapi nanti.

GIVEAWAY SANTAI HUNYEDA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sertai giveaway lagi.  Di pagi yang hening ini, ditemani dengan beberapa ekor nyamuk yang ingin merasai kesan tamparan berganda saya.  Nyamuk-nyamuk ini berlegar di atas dan di bawah meja studi saya untuk menguji kesabaran saya.  Nasib baik saya masih mampu bersabar.


Giveaway ini best juga.  Hadiah yang disediakan pun agak menarik.  Sebab itulah saya join.

Tarikh tutup giveaway ini adalah 7hb Februari 2014 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 9hb Februari 2014.

1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY BY JANAHAZANA.BLOGSPOT.COM

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway seterusnya saya join di pagi yang hening ini.  Terdapat beberapa ekor nyamuk yang cuba menggigit dan menghisapkan darah saya telah gugur ke lantai setelah terkena tamparan berganda saya.  Hadiah yang diberikan dalam giveaway ini pun menarik perhatian.

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31hb Januari 2014.

HANDPHONE GIVEAWAY BY SYUHADA1981.COM

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger.

Di tengah pagi yang sepi ini, mata saya tak mampu untuk tidur.  Oleh itu, saya pun berjalan-jalan di antara satu blog ke satu blog dan macam-macam saya jumpa.  Ini adalah yang antaranya.

Tajuk giveaway memang menarik.  Menyebabkan ramai orang akan join termasuk saya.  Dapat atau tidak, saya bukan kisah sangat tapi semangat untuk menyokong segmen blogger lain yang buat join.  Tapi, kalau dapat, lagi saya tak kisah.  Hehehe.

Tarikh tamat giveaway ini adalah 31hb Januari 2014.

PENCARIAN 50 BLOGLIST MAMANIZA.COM

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Banyak  betul segmen saya join pagi-pagi buta ini.  Mata nak tidur tak boleh.  Assignment banyak nak buat tapi tak ada mood.  Berblogging dan berblogwalking la jawabnya. Hehehe.

Segmen bloglist sangat menarik perhatian saya sebab saya boleh berkongsi link dengan ramai blog lain di luar sana.  Berkongsi link ini sangat penting untuk mempromosikan blog kita.  Takkan kita nak harap orang lain kongsi link blog kita dan kita tak pun buat perkara yang sama kepada mereka.  Tak adil la kan?

Segmen ini singkat saja.  Tarikh tamat segmen ini ialah 31 Januari 2014.

Oleh itu, mari ramai-ramai kita meriah segmen ini.

1ST MINI GIVEAWAY 2014 BY SHAD

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!



2ND GIVEAWAY BY NABILA MEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.