Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Selesai sudah saya mendaftar subjek PJJ saya semester depan. Memang dari awal semester dua lagi saya rancang untuk buat Ijazah dalam masa 5 tahun. Tak nak kelam kabut sebab kalau boleh nak score di setiap semester.
Setakat semester 1 dan 2, Alhamdulillah pointer saya masih 3.00 ke atas lagi. Saya rancang untuk perbaiki pointer saya untuk semester 3 ini. Tapi biasalah. Bila belajar sambil bekerja ini, macam-macam dugaan yang saya kena hadapi. Saya tak pasti apa akan berlaku tetapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk perbaiki pointer saya semester depan.
Saya minta kawan-kawan doakan saya ye?
Terima kasih banyak-banyak.
Memaparkan catatan dengan label belajar sambil bekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar sambil bekerja. Papar semua catatan
Jumaat, 7 Ogos 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
BELAJAR SAMBIL KERJA SENANG KE?
Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Belajar sambil kerja senang ke? Persoalan ini saya tak pernah fikirkan semasa belajar sepenuh masa di UiTM Seri Iskandar Perak dulu. Pada masa itu, fikiran saya selepas selesai Diploma, saya nak sambung belajar secara jarak jauh. Memang dah rancang untuk sambung Ijazah selepas dapat kerja. Niat saya masa itu adalah tak sanggup nak susahkan ibu saya yang kena kerja seorang diri untuk sara kami empat beradik.
Masa itu ada seorang staf UiTM pun sambung belajar jarak jauh di USM. Dia ceritakan kelebihan belajar di USM dan saya pun terus berminat. Memang dari sejak itu, sasaran saya adalah untuk sambung Ijazah di USM secara jarak jauh. Masa itu memang saya tak fikir tekanan kerja dengan tekanan belajar.
Sekarang saya dah tahu. Belajar sambil bekerja ini sekiranya tak diuruskan dengan baik boleh jadi beban kepada saya. Saya dah rasa untuk dua tahun berturut-turut. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belajar. Belajar pun sehari sebelum peperiksaan akhir. Memang masa itu otak saya push sehabisnya.
Kalau nak belajar sambil kerja boleh saja. Tetapi kena pandai uruskan masa. Tugasan yang pensyarah bagi, siapkan secepat mungkin. Setiap kali pensyarah upload sidang video dalam portal, cepat-cepat tengok dan buat nota. Jangan jadi macam saya, belajar last minutes.
Yang pasti, belajar sambil kerja ini adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada individu tersebut. Ingat, bergantung kepada individu tersebut. Bermakna kita yang tentukan belajar sambil kerja senang atau susah.
Lu pikir la sendiri (pinjam ayat Nabil).
Rabu, 27 Mei 2015
EXAM MINGGU DEPAN ... APA PUN TAK STUDY LAGI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama tak update blog. Mayeesa pun dah besar dan nak dapat adik dah pun. Tapi belum keluar lagi pun.
Exam tahun kedua saya di USM bermula minggu depan. Dan yang pastinya satu apa pun tak study lagi. Sekarang tengah sibuk print sidang video dan baca balik nota-nota yang pensyarah bagi. Entahlah boleh dapat Dekan tak tahun ni macam tahun lepas.
Saya belajar secara jarak jauh di USM. Secara jujurnya kelas setiap minggu memang saya tak pernah pergi. Sidang Video yang pensyarah upload dalam portal pun memang sangat jarang buka. Ingat tahun lepas je jadi macam ni. Tahun ni saya memang berazam untuk study betul-betul. Hakikatnya ia cuma azam kosong saja.
Study last minutes dah jadi sebati dalam hidup saya nampaknya. Tahun ini pula sabjek-sabjek memang tough juga. So, harap sangat dapat score walaupun mungkin tak dapat Dekan. Kalau dapat Dekan, rezeki anaklah saya anggap.
Dah. Nak sambung kerja dan study yang entah bila nak mula. Anyway, mohon jasa baik korang untuk doakan saya boleh jawab exam minggu depan ye?
Terima kasih banyak-banyak.
:-)
Sabtu, 20 September 2014
SENANG KE BEKERJA SAMBIL BELAJAR?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai ke kawan-kawan yang masih bekerja tapi sambung belajar terutama secara jarak jauh? Saya memang dah rancang sejak saat-saat akhir nak habis diploma saya di UiTM dulu untuk bekerja dulu. Kemudian, dah dapat kerja yang stabil, saya nak sambung belajar sambil bekerja. Alhamdulillah. Perancangan saya itu tercapai dengan izin Allah.
Senang ke bekerja sambil belajar? Ada yang kata senang dan ada yang kata tak senang. Saya rasa semuanya bergantung kepada diri sendiri. Bagi yang belum berkahwin, masa terluang agak banyak jika pandai uruskan tetapi kalau diikutkan sikap "nanti dululah" atau "esok je lah", memang bagi banyak mana masa pun takkan cukup.
Itu orang yang belum berkahwin. Bagi saya yang dah berkahwin dan ada anak ini. Cabarannya lagi besar. Masa memang sangat kurang. Gangguan pun banyak. Jadi, kita kena cari masa dan guna sehabis baik masa tersebut. Pada masa yang sama, masa dengan keluarga jangan abaikan. Tak guna juga kita belajar separuh mati dan dapat keputusan cemerlang tetapi keluarga kita terabai dan anak-anak kita langsung tak rapat dengan kita.
Oleh itu, senang atau susah bekerja sambil belajar ini subjektif. Senang ceritalah, ia jadi susah bila kita fikir ia susah dan ia jadi senang bila kita fikir ia senang. Mindset kita yang menentukan segalanya.
Betul tak?
Langgan:
Catatan (Atom)



