Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Dah lama sangat saya tak update blog saya ini. Alasan utama sudah semestinya sibuk tapi hakikatnya malas. Tak apalah. Sekarang rasa rajin dah datang semula. So, saya mulakan penulisan saya hari ini dengan ucapan hari guru.

Guru kita bukan hanya di sekolah atau di universiti. Tapi orang yang rapat dengan kita seperti isteri, suami, emak, ayah, keluarga mertua dan  juga boleh jadi guru kita. Mungkin bukan secara rasmi. Termasuk kawan-kawan tapi kita pasti ada belajar sesuatu daripada mereka. Yang mungkin secara langsung ataupun tak langsung. Cuma kita saja tak perasan.

Oleh itu, kita kena belajar menghargai mereka sebaik mungkin. Betul tak?

Posted via Blogaway