Isnin, 9 Februari 2015

KORANG RASA LAYAK KE?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Pentas akhir Maharaja Lewak eh... silap Lawak Mega 2014 telah menutup tirainya.  Hampir semua orang tahu Juaranya ialah Kumpulan Zero.  Kumpulan ini dari pentas kerusi panas dan berjaya masuk ke pentas Maharaja Lawak Mega.  Memang pada mulanya semua orang tak menjangka bahawa kumpulan Zero ini boleh ke peringkat akhir malah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014.

Tetapi, populariti bukanlah segalanya dalam dunia hiburan.  Walaupun semasa pentas akhir, kumpulan feveret yang dijangka juara ialah Sepahtu disebabkan populariti dan merupakan bekas juara Maharaja Lawak yang lepas.

Tetapi lawak Kumpulan Zero untuk kedua-dua tema menjadi.  Lagu untuk ayah pun membuatkan ramai orang menitiskan air mata.  Dikatakan ayah kepada Kumpulan Zero buta dan baru sahaja meninggal dunia.  Kehidupan mereka dahulu tidak senang dan abang yang sulung hanya belajar sehingga Tingkatan 1 dan terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidup mereka.  Itu yang saya dengar, betul atau tidak, hanya Kumpulan Zero dan Allah saja yang tahu.

Tapi, korang rasa :

Layak ke Kumpulan Zero ini menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014?


Jumaat, 6 Februari 2015

MINYAK TURUN LAGI, ALHAMDULILLAH. HARGA BARANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama sangat blog ini sayup-sayup je.  Tiada kemaskini terbaru.  Bukan terlupa tetapi agak sibuk dengan urusan rumah tangga dan pelajaran dan kerja.  Hari ini saja saya ambil sedikit masa untuk kemaskini blog saya.

Alhamdulillah.  Kita dapat lihat apabila harga minyak diapungkan, ada penurunan harga.  Saya bersyukur kepada Allah dengan berita ini.  Tetapi, apabila harga minyak turun, dikatakan ekonomi negara akan berada dalam masalah? Saya faham sedikit bagaimana ekonomi kapitalis ini berfungsi.  Mungkin disebabkan harga minyak diikat dengan matawang USD dan matawang Ringgit kita diikat dengan USD menyebabkan penurunan nilai matawang kita?  Mungkin juga.

Bab itu saya tak mampu nak ulas.  Saya beri ruang kepada pakar-pakar ekonomi untuk mengulas bab-bab ini.  Saya cuma agak hairan dengan peniaga-peniaga kita.  Masa harga minyak naik, berlumba-lumba mereka menaikkan harga barang.  Alasan utama minyak naik.  Tetapi, bila masa harga minyak turun, senyap je.  Tak ada pula berlumba-lumba nak turunkan harga.  Penurunan harga minyak saya rasa dah dua kali tetapi takkan harga barang tak turun sikit pun?

Kita nak buat macam mana?  Kalau kita tak beli, kita nak makan apa?

Entahlah.