Khamis, 6 Februari 2014

HASIL SELAMA BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah.  Baru saja Cashout Nuffnang untuk kali Kelapan.  Tak banyak pun.  Itupun setelah beberapa lama tak kemaskini blog.  Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Nuffnang nampaknya masih bermurah hati untuk memberikan saya beberapa iklan sepanjang ketidakaktifan saya dalam dunia blog.  Baru-baru ini saja saya mula mengaktifkan semula blog-blog saya.


Inilah hasilnya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Nuffnang.  Dulunya saya tak percaya bahawa dalam dunia online boleh buat duit.  Selepas saya mula membina blog dan meletakkan iklan Nuffnang di blog-blog saya, Alhamdulillah.  Ada rezeki saya dan walaupun taklah sebanyak mana tapi saya rasa syukur kepada Allah kerana tanpa izin-Nya, tak mungkin saya akan menerima sebarang pendapatan daripada blog-blog saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang kerana masih meletakkan kepercayaan ke atas blog saya untuk mempamerkan iklan-iklan mereka.  Semoga akan ada banyak lagi iklan yang akan singgah di blog-blog saya nanti.


OHSEM GIVEAWAY BY MUNIRAH RAHMAN

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway yang ohsem ini dianjurkan oleh Munirah Rahman.  Seperti biasa, giveaway ini memang sangat mudah untuk disertai.  Tak banyak sangat syarat-syaratnya.  Walaupun memang ada syarat-syaratnya, cuma taklah sebanyak dalam giveaway-giveaway yang pernah saya sertai.

Giveaway ini tamat pada 18hb Februari 2014.

FIRST GIVEAWAY BY CHE DYLA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway lagi si Nasz asyik kemaskini blog dia.  Asyik-asyik giveaway.  Hehehe.  Takpelah, beri sokongan kepada blogger yang menganjur pun bagus juga.  Memang nampak macam blog saya ini penuh dengan giveaway dan segmen saja.  Saya kena sedar, blog saya ini bukan ramai orang tahu pun.  Bukan popular pun.  Sekurang-kurangnya dengan menyertai segmen dan giveaway sebegini dapat memperkenalkan blog saya kepada blogger-blogger lain.

Lagipun, giveaway ini kan untuk menang hadiah.  Tak menang hadiah, menang kawan baru dan trafik.  Kita mana nak duduk goyang kaki tunggu pembaca datang ke blog kita, mestilah kita kena usaha untuk promosi blog kita. Itu yang penting dalam memastikan blog kita dikenali.

Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1hb Mac 2014.

MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sertai mini giveaway yang hadiahnya dalah sebuah novel.  Dulu minat juga baca novel-novel ini.  Masa sekolah menengah, suka baca novel berunsurkan penyiasatan.  Kemudian, masuk saja zaman universiti, saya suka baca novel bahasa inggeris seperti True Singapore Ghost Story, Da Davinci Code, The Templar, Angels & Demons, The Symbol dan lain-lain.

Sekarang ini, saya agak sibuk nak baca novel tapi kalau dapat hadiah novel ini, Insya Allah saya akan baca.  Mini giveaway ini senang sangat nak sertai.  Syarat-syarat yang disediakan pun sangat senang.

Tarikh tutup mini giveaway ini adalah pada 22hb Februari 2014 jam 8.00 malam.

GIVEAWAY GADIS FLORAL BY CIK AKIE

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Untuk kesekian kalinya saya menyertai giveaway.  Memang saya mula seronok menyertai giveaway ini.  Antara sebabnya adalah trafik ke blog saya meningkat dari hari ke hari.  Kalau saya aktif, memang mencanak trafik.  Tapi, tak boleh dibandingkan dengan blog-blog otai dan popular di luar sana kalau nak dibandingkan dengan blog biasa-biasa saya ini.

Tapi, saya bangga sebab saya ada blog.  Bukan semua orang mampu buat blog.  Setakat guna air liur kata "saya pun boleh buat blog" tapi sampai sekarang blognya tak wujud pun, saya pun boleh buat.  Cakap saja tapi tak buat.

Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini taklah susah sangat.  Semua blogger boleh ikut.  Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 15hb Februari 2014.

2ND GIVEAWAY BY NINA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini boleh sertai mana-mana giveaway lagi.  Oleh itu, saya dengan pantas ingin menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Nina ini.  Giveaway ini ada banyak hadiah sebab banyak sponsor.  Oleh itu, agak banyak jugalah syarat-syaratnya tapi bagi saya kira oklah.  Ada sesetengah giveaway yang saya sertai, macam-macam kena buat, follow, like dan bagai-bagai lagi.

Saya harap menang hadiah ke?  Harapan itu ada tapi macam biasalah, saya tak naklah letak harapan menggunung setinggi gunung Everest.  Cuma, kalau saya menang, Alhamdulillah, itu adalah rezeki saya.  Kalau tak menang, tak apalah, mungkin ada hikmahnya.  Kan?

Saya nak kena tag 2 orang :

Hana Jalil
Miss Hunymadu

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 7hb Februari 2014.