Khamis, 6 Ogos 2015

SEGMEN : NAMA GROUP WHATSAPP YANG PALING WIN !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terjumpa satu segmen yang dianjurkan oleh blogger AlyaniMatshah.  Menarik juga segmen ini sebab unik.  Rasanya saya tak pernah jumpa lagi blogger yang buat segmen sebegini.

Disebabkan itu membuat saya rasa berminat nak sertai segmen ini.

Group Whatsapp yang telah saya sertai dan saya rasa paling unik adalah :


Nama group Whatsapp tersebut adalah "Geng Sepit Kerusi".  Nama group Whatsapp ini tercetus apabila pada awal tahun 2013 rasanya ramai pelajar yang tersepit kerusi semasa awal tahun persekolahan.  Group ini lebih kepada group santai-santai antara staf.

Memang unik saya rasa nama group ini sebab langsung tiada kaitan tentang kerja.  Cuma untuk bertegur sapa dan bergurau sesama sendiri.

Segmen ini bermula pada 06.08.2015 hingga 13.08.2015.  Oleh itu, sesiapa yang terasa nak turut serta, boleh klik SINI untuk sertai.

Sekian.

RANIA TURN'S 1 GIVEAWAY!

Nak sertai? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini teringin pula saya nak sertai giveaway.  Tak mengharap pun dapat hadiah tapi bagi saya bukan hadiah berbentuk fizikal yang dicari tetapi hadiah berbentuk persahabatan untuk saya mahu.

Giveaway ini akan berlangsung dari 5.8.2015 hingga 15.8.2015 11:59 malam.  

Senarai peserta akan diumumkan pada 16.8.2015.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 18.8.2015.

keutamaan akan diberikan kepada follower blog QasehnyaRania.

SERPIHAN PESAWAT MH370 DITEMUI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah.  Akhirnya penantian lebih setahun waris nahas pesawat MH370 untuk mengetahui nasib penumpang pesawat terjawab.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa secara rasminya serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah MH370 diharap dapatlah mengurangkan keresahan penantian waris yang terlibat.

Tetapi, saya berharap segala bukti fizikalyang dikatakan oleh Perdana Menteri yang menunjukkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dapat didedahkan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa tiada sebarang komplot ataupun sabotaj.

Ini cuma pandangan saya.  Tetapi bersyukur kepada Allah kerana persoalan ke mana hilangnya pesawat MH370 akhirnya terjawab.