Sabtu, 20 September 2014

SENANG KE BEKERJA SAMBIL BELAJAR?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramai ke kawan-kawan yang masih bekerja tapi sambung belajar terutama secara jarak jauh?  Saya memang dah rancang sejak saat-saat akhir nak habis diploma saya di UiTM dulu untuk bekerja dulu.  Kemudian, dah dapat kerja yang stabil, saya nak sambung belajar sambil bekerja.  Alhamdulillah.  Perancangan saya itu tercapai dengan izin Allah.

Senang ke bekerja sambil belajar?  Ada yang kata senang dan ada yang kata tak senang.  Saya rasa semuanya bergantung kepada diri sendiri.  Bagi yang belum berkahwin, masa terluang agak banyak jika pandai uruskan tetapi kalau diikutkan sikap "nanti dululah" atau "esok je lah", memang bagi banyak mana masa pun takkan cukup.

Itu orang yang belum berkahwin.  Bagi saya yang dah berkahwin dan ada anak ini.  Cabarannya lagi besar.  Masa memang sangat kurang.  Gangguan pun banyak.  Jadi, kita kena cari masa dan guna sehabis baik masa tersebut.  Pada masa yang sama, masa dengan keluarga jangan abaikan.  Tak guna juga kita belajar separuh mati dan dapat keputusan cemerlang tetapi keluarga kita terabai dan anak-anak kita langsung tak rapat dengan kita.

Oleh itu, senang atau susah bekerja sambil belajar ini subjektif.  Senang ceritalah, ia jadi susah bila kita fikir ia susah dan ia jadi senang bila kita fikir ia senang.  Mindset kita yang menentukan segalanya.

Betul tak?

Khamis, 11 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER !

Klik Banner untuk join

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lama Bro Ben tak buat apa-apa segmen.  Tapi kali ini dia buat satu segmen yang ringkas tapi bagi saya menarik.  Oleh itu, saya pun ambil keputusan untuk join segmen bro Ben kali ini.

Serba sedikit latar belakang saya secara ringkas?
Simple.  Hehehe. Ringkas tak?
Saya seorang lelaki yang dah berkahwin dan ada seorang isteri serta seorang anak perempuan yang comel.

Kelebihan blog saya ini?
Blog saya ini simple je.  Blog saya wujud selepas blog lama : www.mohdnaser.blogspot.com ada orang khianat dan letak virus.  Oleh sebab semangat berblogging saya belum luntur, saya wujudkan blog baru ini.  Sesiapa yang pernah join segmen saya dulu mesti kenal blog lama saya.
Kebanyakkan cerita dalam blog saya ini lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang lelaki.  Ada juga saya ceritakan tentang anak perempuan saya.

Impian saya jadi blogger?
Dulu masa mula buat blog, impian saya nak jana pendapatan melalui blog.  Tulis apa yang saya suka dan kongsi kepada semua orang.  Memang saya berjaya menjana pendapatan melalui blog walaupun bukan dapat setiap bulan tetapi seperti saya tulis di atas, ada orang khianat dan letak virus dalam blog lama saya sampai Google block blog tersebut.  Saya dah bersihkan dan bagi penerangan kepada Google, Google unblock blog saya tetapi masalah masih berlaku iaitu sesiapa yang letak url blog saya di blog mereka, tiada sebarang update di url blog mereka padahal saya selalu updated blog.  Kecewa juga masa itu.

Impian saya masih sama.  Saya nak menjana pendapatan melalui blog.  Masih tak berubah dari dulu hingga kini.

Siap.  Segmen ini ditutup pada 11hb September 2014 jam 8 malam.

Selasa, 9 September 2014

SEGMEN BLOGLIST SEPTEMBER IRRAYYAN.COM

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya join segmen bloglist lagi.  Banyak kan malam ini saya join segmen bloglist?  Sebab segmen bloglist yang saya join ini tak banyak songeh sangat.  Suruh like sana sini.  Saya lebih suka simple dan pantas.

Lagipun segmen bloglist agak menarik juga sebab walaupun nampak macam tak ada hadiah tapi ada hadiah sebenarnya.  Hadiahnya adalah persahabatan.  Sekarang ini mudah untuk menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan baru di alam maya walaupun tak pernah bersua muka.

Apa yang penting?  Sama-sama kita support segmen-segmen yang rakan-rakan di alam maya anjurkan.  Baru meriah. Kan?

SEMESTER BARU DAH TIBA

Sidang Akademik 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semester baru dah tiba.  Tahun ini adalah tahun kedua saya sebagai pelajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM).  Alhamdulillah, semester a.k.a tahun pertama saya lepas dengan jayanya.

Assignment dan tugasan kumpulan dah ada.  Yang teruk ada tugasan yang perlu temuduga dan kena buat presentation guna video.  Bukan presentation macam biasa yang kita present depan pensyarah tapi kita kena buat video presentation dan serahkan kepada pensyarah untuk tengok.

Ada juga tugasan yang suruh buat blog.  Entahlah apa kriteria yang pensyarah nak untuk buat blog tapi Insya Allah saya boleh buat sebab ada sikit pengalaman buat blog.

Ada beberapa subjek pensyarah belum kemaskini lagi tugasan apa yang perlu dibuat.  Kita tunggu dan lihat je la.  Apa-apa pun, mana yang pensyarah dah upload tugasan, kena buat awal-awal supaya masa kursus insentif 3 minggu nanti boleh fokus untuk mid term exam.

Buku teks dengar cerita pihak USM dah pos dan akan sampai kepada saya bila-bila masa.  Memang mencabar juga belajar sambil bekerja.  Tambah lagi dah kahwin dan ada anak.  Tapi saya anggap semua ini cabaran untuk saya lebih berjaya.

SEGMEN : NAK BLOG URL BY MACAM-MACAM CERITA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Satu lagi segmen saya join malam ini.  Memang kalau ada banyak masa macam dulu, banyak segmen saya boleh join dalam satu malam.  Tetapi sekarang ini masa terhad dan ada perkara yang lebih penting untuk difokuskan.

Tetapi, kalau ada peluang mesti saya join sebab segmen daripada rakan-rakan alam maya awesome.  Rugi tak join.

Segmen ini berlangsung dari 3 September 2014 - 12 September 2014.

BLOGLIST KERANA KAU ADA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak update blog saya.  Bukan sibuk sangat pun tetapi cuma rasa malas.  Padahal dulu blog sentiasa update saja.  Ada kes yang dah sebabkan semangat berblogging saya jatuh merudum ditimpa tangga.

Anyway, kali saya nak join segmen bloglist daripada Mimbar Kata.  Saya sokong rakan-rakan dunia maya kalau buat segmen selagi termampu.  Tak rugi apa pun.

Segmen bloglist ini berakhir pada 9hb September 2014.