Sabtu, 20 September 2014

SENANG KE BEKERJA SAMBIL BELAJAR?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramai ke kawan-kawan yang masih bekerja tapi sambung belajar terutama secara jarak jauh?  Saya memang dah rancang sejak saat-saat akhir nak habis diploma saya di UiTM dulu untuk bekerja dulu.  Kemudian, dah dapat kerja yang stabil, saya nak sambung belajar sambil bekerja.  Alhamdulillah.  Perancangan saya itu tercapai dengan izin Allah.

Senang ke bekerja sambil belajar?  Ada yang kata senang dan ada yang kata tak senang.  Saya rasa semuanya bergantung kepada diri sendiri.  Bagi yang belum berkahwin, masa terluang agak banyak jika pandai uruskan tetapi kalau diikutkan sikap "nanti dululah" atau "esok je lah", memang bagi banyak mana masa pun takkan cukup.

Itu orang yang belum berkahwin.  Bagi saya yang dah berkahwin dan ada anak ini.  Cabarannya lagi besar.  Masa memang sangat kurang.  Gangguan pun banyak.  Jadi, kita kena cari masa dan guna sehabis baik masa tersebut.  Pada masa yang sama, masa dengan keluarga jangan abaikan.  Tak guna juga kita belajar separuh mati dan dapat keputusan cemerlang tetapi keluarga kita terabai dan anak-anak kita langsung tak rapat dengan kita.

Oleh itu, senang atau susah bekerja sambil belajar ini subjektif.  Senang ceritalah, ia jadi susah bila kita fikir ia susah dan ia jadi senang bila kita fikir ia senang.  Mindset kita yang menentukan segalanya.

Betul tak?

5 ulasan:

Mardiah Diana berkata...

Assalamualaikum dan singgah pagi...rasa lama pula tak singgah kat sini....semoga segalanya di permudahkan dan semoga berjaya...

Umie Amirain berkata...

betul tu...apa2pon kalau pandai bahagi masa, insya Allah, semuanya boleh...^_^

al-lavendari berkata...

Saya bersyukur kerana majikan saya beri cuti belajar bergaji penuh semasa saya sambung belajar sesudah bekerja dahulu.

drshikinzainal @ ekin berkata...

Follower #107.
Salam Perkenalan.

Sha Mohamed berkata...

Yup..betul..mindset kita yg menentukan segalanya..