Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Dah lama sangat blog ini sayup-sayup je. Tiada kemaskini terbaru. Bukan terlupa tetapi agak sibuk dengan urusan rumah tangga dan pelajaran dan kerja. Hari ini saja saya ambil sedikit masa untuk kemaskini blog saya.
Alhamdulillah. Kita dapat lihat apabila harga minyak diapungkan, ada penurunan harga. Saya bersyukur kepada Allah dengan berita ini. Tetapi, apabila harga minyak turun, dikatakan ekonomi negara akan berada dalam masalah? Saya faham sedikit bagaimana ekonomi kapitalis ini berfungsi. Mungkin disebabkan harga minyak diikat dengan matawang USD dan matawang Ringgit kita diikat dengan USD menyebabkan penurunan nilai matawang kita? Mungkin juga.
Bab itu saya tak mampu nak ulas. Saya beri ruang kepada pakar-pakar ekonomi untuk mengulas bab-bab ini. Saya cuma agak hairan dengan peniaga-peniaga kita. Masa harga minyak naik, berlumba-lumba mereka menaikkan harga barang. Alasan utama minyak naik. Tetapi, bila masa harga minyak turun, senyap je. Tak ada pula berlumba-lumba nak turunkan harga. Penurunan harga minyak saya rasa dah dua kali tetapi takkan harga barang tak turun sikit pun?
Kita nak buat macam mana? Kalau kita tak beli, kita nak makan apa?
Entahlah.
Memaparkan catatan dengan label petrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petrol. Papar semua catatan
Jumaat, 6 Februari 2015
Rabu, 1 Oktober 2014
HARGA MINYAK RON 95 NAIK 20 SEN MULAI 12.01 PAGI 2 OKTOBER 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Berita baru saya terima menyatakan harga minyak petrol RON95 akan naik 20 sen berkuatkuasa 12.01 pagi 2 Oktober 2014.
Apa yang kita mampu buat?
Redha je la.
Posted via Blogaway
Langgan:
Catatan (Atom)