Selasa, 9 September 2014

SEMESTER BARU DAH TIBA

Sidang Akademik 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semester baru dah tiba.  Tahun ini adalah tahun kedua saya sebagai pelajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM).  Alhamdulillah, semester a.k.a tahun pertama saya lepas dengan jayanya.

Assignment dan tugasan kumpulan dah ada.  Yang teruk ada tugasan yang perlu temuduga dan kena buat presentation guna video.  Bukan presentation macam biasa yang kita present depan pensyarah tapi kita kena buat video presentation dan serahkan kepada pensyarah untuk tengok.

Ada juga tugasan yang suruh buat blog.  Entahlah apa kriteria yang pensyarah nak untuk buat blog tapi Insya Allah saya boleh buat sebab ada sikit pengalaman buat blog.

Ada beberapa subjek pensyarah belum kemaskini lagi tugasan apa yang perlu dibuat.  Kita tunggu dan lihat je la.  Apa-apa pun, mana yang pensyarah dah upload tugasan, kena buat awal-awal supaya masa kursus insentif 3 minggu nanti boleh fokus untuk mid term exam.

Buku teks dengar cerita pihak USM dah pos dan akan sampai kepada saya bila-bila masa.  Memang mencabar juga belajar sambil bekerja.  Tambah lagi dah kahwin dan ada anak.  Tapi saya anggap semua ini cabaran untuk saya lebih berjaya.

Tiada ulasan: