Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.
Ada orang cakap anak perempuan ni lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya. Betul ke? Sebab utamanya adalah anak perempuan ni selalu setiap masa bersama ibu dan bapa kurang bersama sebab kekangan kerja.
Saya setuju sebab anak perempuan saya, Mayeesa pun macam tu. Bukan sepenuhnya rapat dengan saya. Tetapi apabila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia akan menerpa saya sambil nak beritahu apa yang berlaku kepadanya pada hari tersebut. Walaupun tak faham tetapi saya layankan je.
Macam mana pula dengan anak lelaki? Dia rapat dengan ibunya lebih daripada bapanya ke? Saya rasa sama je. Sebabnya adalah kurang bersama dengan anak. Sebab itulah anak mencari bapa atau ibunya yang baru balik kerja sebab setengah hari tak berjumpa. Bila berjumpa, si anak itu ingin melepaskan rindu dengan memeluk dan minta didukung. Lepas itu, dia akan terus sambung bermain.
Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, silakanlah kongsi di ruang komen.
Terima kasih.
Selasa, 25 November 2014
Rabu, 1 Oktober 2014
HARGA MINYAK RON 95 NAIK 20 SEN MULAI 12.01 PAGI 2 OKTOBER 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Berita baru saya terima menyatakan harga minyak petrol RON95 akan naik 20 sen berkuatkuasa 12.01 pagi 2 Oktober 2014.
Apa yang kita mampu buat?
Redha je la.
Posted via Blogaway
Sabtu, 20 September 2014
SENANG KE BEKERJA SAMBIL BELAJAR?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai ke kawan-kawan yang masih bekerja tapi sambung belajar terutama secara jarak jauh? Saya memang dah rancang sejak saat-saat akhir nak habis diploma saya di UiTM dulu untuk bekerja dulu. Kemudian, dah dapat kerja yang stabil, saya nak sambung belajar sambil bekerja. Alhamdulillah. Perancangan saya itu tercapai dengan izin Allah.
Senang ke bekerja sambil belajar? Ada yang kata senang dan ada yang kata tak senang. Saya rasa semuanya bergantung kepada diri sendiri. Bagi yang belum berkahwin, masa terluang agak banyak jika pandai uruskan tetapi kalau diikutkan sikap "nanti dululah" atau "esok je lah", memang bagi banyak mana masa pun takkan cukup.
Itu orang yang belum berkahwin. Bagi saya yang dah berkahwin dan ada anak ini. Cabarannya lagi besar. Masa memang sangat kurang. Gangguan pun banyak. Jadi, kita kena cari masa dan guna sehabis baik masa tersebut. Pada masa yang sama, masa dengan keluarga jangan abaikan. Tak guna juga kita belajar separuh mati dan dapat keputusan cemerlang tetapi keluarga kita terabai dan anak-anak kita langsung tak rapat dengan kita.
Oleh itu, senang atau susah bekerja sambil belajar ini subjektif. Senang ceritalah, ia jadi susah bila kita fikir ia susah dan ia jadi senang bila kita fikir ia senang. Mindset kita yang menentukan segalanya.
Betul tak?
Langgan:
Catatan (Atom)
