Sabtu, 30 Mei 2015
SEGMEN JOM KONGSI TAZKIRAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Curi sikit masa untuk join segmen anjuran rakan-rakan dunia maya sekejap. Tak susah pun nak join segmen ni. Dapat juga berkenalan dan kongsi maklumat sesama rakan-rakan.
Saya letak tazkirah bergambar sebagai tanda join segmen ini.
Manusia ini selalu lupa masa itu tak menunggu kita. Termasuklah diri saya. Saya nak mengingatkan diri saya dan semua tentang masa. Masa yang pergi takkan datang kembali. Masa ini bergerak tanpa henti dan tanpa tangguh. Oleh itu, masa yang ada perlulah digunakan sebaiknya dan jangan buang masa kepada perkara yang tidak berfaedah.
Nasihat dan tazkirah ini adalah untuk diri saya yang banyak kekurangan dan anda yang sedang membaca posting ini.
Tarikh tutup segmen ini adalah 1hb Jun 2015.
Rabu, 27 Mei 2015
EXAM MINGGU DEPAN ... APA PUN TAK STUDY LAGI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama tak update blog. Mayeesa pun dah besar dan nak dapat adik dah pun. Tapi belum keluar lagi pun.
Exam tahun kedua saya di USM bermula minggu depan. Dan yang pastinya satu apa pun tak study lagi. Sekarang tengah sibuk print sidang video dan baca balik nota-nota yang pensyarah bagi. Entahlah boleh dapat Dekan tak tahun ni macam tahun lepas.
Saya belajar secara jarak jauh di USM. Secara jujurnya kelas setiap minggu memang saya tak pernah pergi. Sidang Video yang pensyarah upload dalam portal pun memang sangat jarang buka. Ingat tahun lepas je jadi macam ni. Tahun ni saya memang berazam untuk study betul-betul. Hakikatnya ia cuma azam kosong saja.
Study last minutes dah jadi sebati dalam hidup saya nampaknya. Tahun ini pula sabjek-sabjek memang tough juga. So, harap sangat dapat score walaupun mungkin tak dapat Dekan. Kalau dapat Dekan, rezeki anaklah saya anggap.
Dah. Nak sambung kerja dan study yang entah bila nak mula. Anyway, mohon jasa baik korang untuk doakan saya boleh jawab exam minggu depan ye?
Terima kasih banyak-banyak.
:-)
Isnin, 9 Februari 2015
KORANG RASA LAYAK KE?
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.
Pentas akhir Maharaja Lewak eh... silap Lawak Mega 2014 telah menutup tirainya. Hampir semua orang tahu Juaranya ialah Kumpulan Zero. Kumpulan ini dari pentas kerusi panas dan berjaya masuk ke pentas Maharaja Lawak Mega. Memang pada mulanya semua orang tak menjangka bahawa kumpulan Zero ini boleh ke peringkat akhir malah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014.
Tetapi, populariti bukanlah segalanya dalam dunia hiburan. Walaupun semasa pentas akhir, kumpulan feveret yang dijangka juara ialah Sepahtu disebabkan populariti dan merupakan bekas juara Maharaja Lawak yang lepas.
Tetapi lawak Kumpulan Zero untuk kedua-dua tema menjadi. Lagu untuk ayah pun membuatkan ramai orang menitiskan air mata. Dikatakan ayah kepada Kumpulan Zero buta dan baru sahaja meninggal dunia. Kehidupan mereka dahulu tidak senang dan abang yang sulung hanya belajar sehingga Tingkatan 1 dan terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidup mereka. Itu yang saya dengar, betul atau tidak, hanya Kumpulan Zero dan Allah saja yang tahu.
Tapi, korang rasa :
Layak ke Kumpulan Zero ini menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014?
Langgan:
Catatan (Atom)



