Khamis, 26 November 2015

BERENANG DARI SINGAPURA KE MALAYSIA?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dua orang lelaki berumur 37 dan 39 tahun Warganegara Malaysia cuba berenang pulang ke Malaysia kerana dah tinggal melebihi tempoh di Singapura?  Mungkin mereka ada sebab tersendiri.   Kalau mereka menggunakan perkhidmatan sindiket saya faham tetapi sekiranya mereka terpaksa berenang sendiri bermakna mereka memang taka da duit untuk memperbaharui Pasport mereka ataupun mereka ini mungkin mangsa.

Kita tak pasti apa sebenarnya yang terjadi disebabkan apa yang dilaporkan oleh media kadang-kadang ada yang misleading atau bukan cerita sebenar.  Kita tak bolehlah menjatuhkan hukuman tanpa dengar cerita dari kedua-dua belah pihak.  Sekira mereka betul-betul bersalah, hukumlah mereka.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Mungkin keluarga mereka di Malaysia sedang menanti mereka dengan pengharapan dan mungkin berlaku kemalangan kepada ahli keluarga mereka yang membuatkan mereka terpaksa pulang dengan cara begini.  Semoga urusan mereka dipermudahkan.

-Coretan seorang lelaki biasa-

Sumber Utama : The Straits Times


2 ulasan:

Sani berkata...

Sampai begitu sekali tindakan mereka. Memang nampak terdesak meerka ni.Nasib baik pandai berenang...kalau tidak selamat lah diorang ni..

She Is Farahain berkata...

ain datang singgah sini dan follow .
selamat tahun baru :)