Rabu, 25 November 2015

SAMSUNG GALAXY S7 DILANCARKAN PADA JANUARI 2015?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pertumbuhan telefon pintar di Malaysia ini semakin laju saya tengok.  Saya sendiri pun tak terkejar dek untuk menukar telefon pintar saya yang mana saya sedang menggunakan Samsung Galaxy Grand Duos.  Mungkin bagi peminat tegar telefon pintar, menukar telefon pintar ke model yang terbaru adalah kebahagiaan mereka.

Ia bukan rahsia lagi bahawa Samsung akan membuat susulan kepada Galaxy S6 tetapi apa fungsi yang akan dipasang di Galaxy S7 menjadi bualan hangat.  Berdasarkan laporan dari saluran berita yang berpangkalan di Itali, HD Blog menyatakan slot MicroSD akan kembali pada Samsung S7.

Pihak Samsung juga mungkin memasang USB-C tetapi kesahihannya belum dapat dipastikan.  Kemungkinan besar Samsung S7 akan dikeluarkan dan dua saiz iaitu :

1.  Bersaiz 5.2 inci dengan paparan standard “rata” (flat).
2.  Bersaiz 5.7 inci dengan versi “Edge” sama seperti Galaxy S6 Edge dan Edge+ seperti yang ada sekarang.

HD Blog juga mendakwa telefon pintar Samsung S7 akan dilengkapkan sama ada dengan Pemprosesan Samsung Exynos 8890 atau Qualcomm’s Snapdragon 820.

Sesetengah laporan menyatakan  Samsung akan melancarkan Samsung S7 dalam bulan Januari tetapi berdasarkan kebijaksaan konvesional Samsung S7 takkan dilancarkan sehingga Musim Bunga. 
Samsung merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia secara keseluruhannya tetapi tidak dapat menandingi pesaing seperti Apple dan Huawei yang berpangkalan di China.

Saya melihat pada masa kini telefon pintar telah menjadi satu keperluan dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar tersebut.  Bagi peminat tegar Samsung, laporan pelancaran Samsung Galaxy S7 ini merupakan berita gembira bagi mereka.  Tetapi, setiap model mesti ada peminat dan sudah semestinya ada pembenci “hater”.

Apa-apapun, gunalah telefon pintar kita secara berhemah dan jangan salah gunakan teknologi yang ada sekarang.


-Coretan seorang lelaki biasa-

Tiada ulasan: