Khamis, 6 Ogos 2015

SERPIHAN PESAWAT MH370 DITEMUI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah.  Akhirnya penantian lebih setahun waris nahas pesawat MH370 untuk mengetahui nasib penumpang pesawat terjawab.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa secara rasminya serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah MH370 diharap dapatlah mengurangkan keresahan penantian waris yang terlibat.

Tetapi, saya berharap segala bukti fizikalyang dikatakan oleh Perdana Menteri yang menunjukkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dapat didedahkan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa tiada sebarang komplot ataupun sabotaj.

Ini cuma pandangan saya.  Tetapi bersyukur kepada Allah kerana persoalan ke mana hilangnya pesawat MH370 akhirnya terjawab.

2 ulasan:

Mardiah Diana berkata...

Alhamdulillah jika MH370 dah di temui...semoga segalanya di permudahkan...

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah..semoga berita lanjut akan diperolehi..