Khamis, 26 November 2015

BERENANG DARI SINGAPURA KE MALAYSIA?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dua orang lelaki berumur 37 dan 39 tahun Warganegara Malaysia cuba berenang pulang ke Malaysia kerana dah tinggal melebihi tempoh di Singapura?  Mungkin mereka ada sebab tersendiri.   Kalau mereka menggunakan perkhidmatan sindiket saya faham tetapi sekiranya mereka terpaksa berenang sendiri bermakna mereka memang taka da duit untuk memperbaharui Pasport mereka ataupun mereka ini mungkin mangsa.

Kita tak pasti apa sebenarnya yang terjadi disebabkan apa yang dilaporkan oleh media kadang-kadang ada yang misleading atau bukan cerita sebenar.  Kita tak bolehlah menjatuhkan hukuman tanpa dengar cerita dari kedua-dua belah pihak.  Sekira mereka betul-betul bersalah, hukumlah mereka.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Mungkin keluarga mereka di Malaysia sedang menanti mereka dengan pengharapan dan mungkin berlaku kemalangan kepada ahli keluarga mereka yang membuatkan mereka terpaksa pulang dengan cara begini.  Semoga urusan mereka dipermudahkan.

-Coretan seorang lelaki biasa-

Sumber Utama : The Straits Times


Rabu, 25 November 2015

SAMSUNG GALAXY S7 DILANCARKAN PADA JANUARI 2015?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pertumbuhan telefon pintar di Malaysia ini semakin laju saya tengok.  Saya sendiri pun tak terkejar dek untuk menukar telefon pintar saya yang mana saya sedang menggunakan Samsung Galaxy Grand Duos.  Mungkin bagi peminat tegar telefon pintar, menukar telefon pintar ke model yang terbaru adalah kebahagiaan mereka.

Ia bukan rahsia lagi bahawa Samsung akan membuat susulan kepada Galaxy S6 tetapi apa fungsi yang akan dipasang di Galaxy S7 menjadi bualan hangat.  Berdasarkan laporan dari saluran berita yang berpangkalan di Itali, HD Blog menyatakan slot MicroSD akan kembali pada Samsung S7.

Pihak Samsung juga mungkin memasang USB-C tetapi kesahihannya belum dapat dipastikan.  Kemungkinan besar Samsung S7 akan dikeluarkan dan dua saiz iaitu :

1.  Bersaiz 5.2 inci dengan paparan standard “rata” (flat).
2.  Bersaiz 5.7 inci dengan versi “Edge” sama seperti Galaxy S6 Edge dan Edge+ seperti yang ada sekarang.

HD Blog juga mendakwa telefon pintar Samsung S7 akan dilengkapkan sama ada dengan Pemprosesan Samsung Exynos 8890 atau Qualcomm’s Snapdragon 820.

Sesetengah laporan menyatakan  Samsung akan melancarkan Samsung S7 dalam bulan Januari tetapi berdasarkan kebijaksaan konvesional Samsung S7 takkan dilancarkan sehingga Musim Bunga. 
Samsung merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia secara keseluruhannya tetapi tidak dapat menandingi pesaing seperti Apple dan Huawei yang berpangkalan di China.

Saya melihat pada masa kini telefon pintar telah menjadi satu keperluan dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar tersebut.  Bagi peminat tegar Samsung, laporan pelancaran Samsung Galaxy S7 ini merupakan berita gembira bagi mereka.  Tetapi, setiap model mesti ada peminat dan sudah semestinya ada pembenci “hater”.

Apa-apapun, gunalah telefon pintar kita secara berhemah dan jangan salah gunakan teknologi yang ada sekarang.


-Coretan seorang lelaki biasa-

Jumaat, 14 Ogos 2015

ISTERI YANG MENGANDUNG, SAYA PULA YANG NAK MUNTAH

Iklan sikit, nak dapat harga istimewa boleh hubungi saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini genaplah 36 minggu kandungan isteri saya.  Oleh itu, mula hari ini, bila-bila masa adik Mayeesa akan dilahirkan.  Cuma Allah saja yang tahu bila masa dan waktunya.

Semenjak menghampiri tarikh untuk isteri bersalin, bila saya menaiki kenderaan yang dipandu orang lain, saya terasa mual dan hendak muntah.  Padahal perjalanan dekat saja dan lurus saja.  Naik saja kereta, bila kereta mula bergerak, saya mula rasa mual dan nak muntah.

Ada orang pernah beritahu saya, ada sesetengah suami akan mengalami alahan seperti nak muntah semasa isteri mengandung.  Kadang-kadang tak ada langsung.  Masa isteri mengandungkan Mayeesa dulu, saya ada juga rasa mual dan nak muntah tapi bukan masa naik kenderaan tapi tak tentu masa.  Masa adik Mayeesa ini pula isteri saya rasa pening-pening dan saya pula rasa mual bila naik kereta.

Hal ini tak berlaku bila saya yang memandu.  Oleh itu, saya menganggap ini adalah kesan yang perlu saya terima untuk kelahiran adik Mayeesa ini.  Saya tak kisah sebab boleh juga kongsi rasa ini dengan isteri saya.

Saya harap adik Mayeesa lahir dengan sihat dan saya bersama isteri tak sabar menanti kelahiran adik Mayeesa ini.  Tak lupa juga Mayeesa yang setiap hari "sembang" dengan adiknya sambil memberikan kata-kata nasihat.

Sekian.