Jumaat, 31 Januari 2014

NAIK BAS RAPID PENANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Setelah bertahun-tahun tak naik bas, hari ini dalam sejarah saya naik bas Rapid Penang.  Suatu ketika dulu, mana ada Rapid Penang.  Saya rasa nama bas dulu adalah City Liner rasanya.  Kalau salah tolong betulkan ye.

Suasana dan tempat duduk dalam bas dulu tak sama macam bas sekarang.  Dulu tempat duduk dalam bas berkusyen.  Bukan macam tempat duduk macam dalam bas, plastik je. Keras rasanya bila duduk.

Tetapi yang bagusnya, suasana dalam bas baru ini nampak bersih berbanding bas yang dulu.  Bas dulu dengan kotor dan berdaki je dinding bas.  Tapi, yang pasti saya merindui untuk menaiki bas lama lagi. Hehehe.

p/s :  Saya pun pernah naik bas yang tiada air cond suatu ketika dulu. Ada yang sama dengan saya?


Posted via Blogaway

MASIH BERADA DI TEKUN ...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setelah berduyun-duyun saya kemaskini blog dengan segmen dan giveaway, akhirnya saya kemaskini blog saya dengan entri terbaru saya.  Hehehe.

Di meja kayu di dalam bilik bersendirian.  Bukan saja bersendirian dalam bilik tetapi bilik sebelah sebelah dan sebelah pun tak ada orang.  Memang betul-betul bersendirian.  Kebanyakkan pelajar USM dah balik bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina ini.  Kenapa pula saya tak balik ye?


Disebabkan kelalaian sendiri, enjin kereta saya telah jammed dan terpaksa tukar enjin yang baru.  Disebabkan juga sekarang banyak kedai cuti sebab Tahun Baru Cina, kereta saya terpaksa tersadai di bengkel kawan kepada kawan saya di Penaga, Kedah.

Tetapi, kecekalan saya bukan setakat di sini saja.  Awal pagi nanti saya akan bertolak ke Butterworth dan cuba menaiki keretapi ke Kuala Kangsar untuk melepaskan rindu kepada isteri dan anak perempuan saya, Mayeesa.


Menurut isteri saya, Dua tiga hari saya tiada, Mayeesa dah mula mengamuk.  Mungkin dia rindukan saya.

"Mayeesa, papa pun rindu Mayeesa".

Itu saja yang mampu saya fikir dan luahkan.  Semoga esok adalah tempat kosong di dalam keretapi nanti.

GIVEAWAY SANTAI HUNYEDA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sertai giveaway lagi.  Di pagi yang hening ini, ditemani dengan beberapa ekor nyamuk yang ingin merasai kesan tamparan berganda saya.  Nyamuk-nyamuk ini berlegar di atas dan di bawah meja studi saya untuk menguji kesabaran saya.  Nasib baik saya masih mampu bersabar.


Giveaway ini best juga.  Hadiah yang disediakan pun agak menarik.  Sebab itulah saya join.

Tarikh tutup giveaway ini adalah 7hb Februari 2014 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 9hb Februari 2014.