Isnin, 13 Januari 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger.  Marilah kita bersama-sama Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

PANTANG NAMPAK MAKANAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa dari dulu sampai sekarang kalau tengok makanan, mesti mata dia 'bulat' pandang makanan tersebut.  Kemudian dia mulalah mendekati perlahan-lahan dan duduk di depan makanan.  Padahal, sebelum itu dah makan pun.  Kalau tak disuap, marah pula dia. Suap je la.

Alhamdulillah,  Mayeesa tiada masalah kesihatan.  Selera makan dia memang tinggi.  Apa saja orang lain makan, mesti dia nak makan juga.  Tak henti-henti.

Bukan setakat mama dan papa dia kena 'paw', opah dia pun dah kena. Aish... Mayeesa... Mayeesa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

SEGMEN BLOGLIST 2014 : I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW ME

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini saya nak join satu segmen bloglist yang bagi saya sangat senang.  Tak perlu nak like-like bagai.  Cuma perlu follow blog penganjur, letakkan link penganjur di bloglist kita, buat satu entri dan letakkan link entri tersebut di ruang komen segmen penganjur. Senang bukan?

Selepas itu, penganjur akan follow blog kita. Kemudian dia akan letakkan link kita di bloglist dia sepanjang tahun 2014.  Cantiklah tu.  Bukan senang orang nak letak blog kita kat bloglist mereka.  Kita kena usaha untuk tarik perhatian mereka dengan penulisan kita yang kreatif.

Saya ini biasa saja.  Penulisan saya tidaklah kreatif sangat.  Biasa-biasa saja untuk orang biasa-biasa seperti saya ini. Kan?

Saya mencari juga bila tarikh tutup segmen bloglist ini tapi tak jumpa la pula.  Oleh itu, saya rasa segmen ini tarikh tutupnya ikut suka hati penganjur bila dia nak tutup. Tak begitu? Hehehe.

Tak salah join segmen ini. Jom join ramai-ramai.