Jumaat, 24 Januari 2014

24/7 WOMB ROOM SERVICE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Rupa-rupanya inilah yang terjadi bila wife saya tiba-tiba teringin makan tengah-tengah malam.  Hahaha.

Takpelah. Kita cuba penuhi segala kehendak mereka. Yang mana kita tak mampu tu, cubalah faham dan tak memaksa kita.  Kita bukannya orang yang banyak duit untuk sediakan segalanya. Cuma sediakan ikut kemampuan kita.

Yang pasti, cuba tidak membazir. Betul tak?


Posted via Blogaway

Khamis, 23 Januari 2014

MENANTI GILIRAN TEMUDUGA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang ini saya berada di Putrajaya untuk mengadap penemuduga yang sudah pastinya akan menemuduga saya.  Kali terakhir saya ditemuduga adalah pada lebih kurang 5 tahun yang lepas.

Resume yang saya gunakan kali ini pun adalah resume yang sama saya gunakan masa lebih kurang 5 tahun lepas.  Saya cuma touch up sikit dan kemaskini apa yang perlu je.

Perasaan nervous tak payah cerita la.  Memang akan ada. Tak ada orang yang tak ada perasaan nervous ni.  Harap saya dapat bertenang dan menjawab soalan penemuduga saya dengan lancar.

Amin.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Sabtu, 18 Januari 2014

'POSING' ALA-ALA AYU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa dah pandai ber'posing ala-ala diri dia ayu.  Rasa lawak sebab sedang dia merangkak tiba-tiba dia terhenti dan 'posing' sambil tengok apa yang menarik perhatian dia.

Seperti biasa, dia akan merenung tanpa ada apa-apa perasaan di wajahnya.  Tapi yang pasti, Mayeesa tetap anak kesayangan papa. Hehehe.


Posted via Blogaway