Sabtu, 22 Februari 2014

DAH PANDAI BUAT MIMIK MUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah pandai buat mimik muka.  Yang seronoknya, bila dia buat mimik muka, mesti saya dan isteri rasa nak gelak.  Sebab kelakar sangat.

Sesiapa yang tengok pun tergelak.  Mimik muka Mayeesa comel dan boleh buatkan orang yang tengok rasa nak gelak je.

Tak apa Mayeesa sayang papavdan mama.  Nanti dah besar sikit, boleh masuk Maharaja Lawak guna mimik muka Mayeesa je.

Ada sesiapa nak undi Mayeesa nanti tak?


Posted via Blogaway

Khamis, 6 Februari 2014

HASIL SELAMA BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah.  Baru saja Cashout Nuffnang untuk kali Kelapan.  Tak banyak pun.  Itupun setelah beberapa lama tak kemaskini blog.  Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Nuffnang nampaknya masih bermurah hati untuk memberikan saya beberapa iklan sepanjang ketidakaktifan saya dalam dunia blog.  Baru-baru ini saja saya mula mengaktifkan semula blog-blog saya.


Inilah hasilnya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Nuffnang.  Dulunya saya tak percaya bahawa dalam dunia online boleh buat duit.  Selepas saya mula membina blog dan meletakkan iklan Nuffnang di blog-blog saya, Alhamdulillah.  Ada rezeki saya dan walaupun taklah sebanyak mana tapi saya rasa syukur kepada Allah kerana tanpa izin-Nya, tak mungkin saya akan menerima sebarang pendapatan daripada blog-blog saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang kerana masih meletakkan kepercayaan ke atas blog saya untuk mempamerkan iklan-iklan mereka.  Semoga akan ada banyak lagi iklan yang akan singgah di blog-blog saya nanti.


OHSEM GIVEAWAY BY MUNIRAH RAHMAN

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway yang ohsem ini dianjurkan oleh Munirah Rahman.  Seperti biasa, giveaway ini memang sangat mudah untuk disertai.  Tak banyak sangat syarat-syaratnya.  Walaupun memang ada syarat-syaratnya, cuma taklah sebanyak dalam giveaway-giveaway yang pernah saya sertai.

Giveaway ini tamat pada 18hb Februari 2014.