Selasa, 4 Februari 2014

TEMAN MAYEESA MAIN DAUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Dah seronok pula buat gambar sketch ini. Macam cantik je. Macam comel je. Hehehe. Sebenarnya, gambar ini semasa saya di kampung semasa cuti minggu lepas. Biasalah. Di kampung memang tak langsung line internet. Simpan je gambar ini bila dah balik USM baru nak kemaskini dalam blog.

Masa ini, saya di luar rumah.  Layan si Mayeesa ini main daun kering.  Mainan dia tertinggal di rumah.  Nak tak nak, kenalah la main apa yang ada. Hehehe.

Seronok dapat berkepit dengan Mayeesa selalu. Yelah, rindu sebab lama tak jumpa.  Lagipun, bila lagi nak layan dia main? Akan ada suatu masa nanti saya akan sibuk. Jadi, masa yang ada ini jangan dibazirkan. Betul tak?


Posted via Blogaway

FEBRUARY SPECIAL GIVEAWAY BY HUMAI, EIRA & FASIHAH

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sertai giveaway lagi.  Tapi kali ini giveaway special sikit.  Memang banyak juga syarat-syaratnya.  Tetapi hadiah pun banyak.  Saya nak cuba nasib je.  Ada rezeki, Alhamdulillah.  Tak ada, bukan rezeki saya la kan?

Kenapa perlu sertai giveaway ini? Entahlah.  Saya ini nampak peluang untuk promosi blog saya, saya terus tangkap je.  Tak fikir panjang dah.  Lagipun, saya tak rugi apa-apa pun.  Saya cuma ikut syarat dan tulis entri tentang giveaway ini.  Kemudian, siap.  Dah boleh hantar.  Senang je kerja saya.  Senang je saya nak kemaskini blog saya ini. Hehehe.

Special giveaway ini tak ada tarikh tutup.  Ikut suka hati penganjur bila dia nak tamatkan giveaway ini.  Korang takkan tengok je? Tak nak join?

1ST GIVEAWAY BY FARIS YAHANI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekali lagi saya menyertai giveaway pula yang dianjurkan oleh Faris Yahani.  Saya ingin menyatakan di sini, tiada langsung kerugian saya dalam menyertai pelbagai jenis giveaway.  Lebih untung bila saya menang hadiah kan?

Tapi, bila kita menyertai apa saja pertandingan, kita kena bersedia untuk menghadapi kekalahan.  Adatlah, dalam sesuatu pertandingan ada menang dan kalah.  Kalau semua nak menang je, siapa nak kalah? Kan?

Tempoh giveaway ini adalah dari 2hb Februari 2014 hingga 16hb Februari 2014.