Selasa, 1 Julai 2014

SYUKUR MASIH ADA MAKANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Cuaca pun sekarang ini panas terik dan hujan pun jarang-jarang sangat turun. Tetapi, Alhamdulillah Allah masih berikan kita rezeki kesihatan yang baik dan masih mampu berpuasa.

Sekarang ini tengah demam Piala Dunia. Mungkin orang akan kata saya ini kolot sebab tak minat tengok Piala Dunia tapi takpe. Saya malas nak bangun pagi-pagi buta semata-mata nak tengok bola je. Saya cuma minat tengok keputusan je. Hehehe.

Apa yang ada dalam pinggan kita itu adalah rezeki yang Allah dah tetapkan kepada kita. Jangan merungut. Bersyukurlah masih ada makanan dalam pinggan kita kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara seislam kita di negara-negara yang sedang bergolak.

Bersyukur dapat menghindarkan kita dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri.


Posted via Blogaway

Isnin, 30 Jun 2014

SYAITAN DIIKAT, NAFSU BERMAHARAJALELA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Sekarang dah masuk hari kedua Ramadhan. Petang semalam, saya ke pasar Ramadhan berdekatan rumah saya. Terlambat sikit saya pergi, banyak juadah berbuka telah habis dijual.

Tapi, dapat juga saya membeli beberapa jenis juadah berbuka dan lauk pauk untuk bersahur nanti. Walaupun tak sebanyak mana tetapi ada juga juadah untuk dijamah pada waktu berbuka nanti.

Setiap tahun saya selalu terlupa di awal bulan Ramadhan, masyarakat kita terlalu teruja dan memang pasti bazar Ramadhan akan penuh dengan orang ramai. Sampai di tengah-tengah Bulan Ramadhan, masyarakat mula sibuk mencari persiapan raya.

Di akhir bulan Ramadhan, bazar Ramadhan akan penuh semula kerana orang ramai sibuk membuat persiapan raya sehingga tak sempat memasak di rumah.  Lagipun di bazar Ramadhan banyak pilihan juadah makan untuk dipilih.

Walaupun Syaitan telah diikat, tetapi kita kena ingat, nafsu kita masih bebas dan boleh mempengaruhi kita. Sentiasa lah beringat dan cuba mengawal nafsu kita supaya tidak membazir di bulan yang mulia ini.


Posted via Blogaway

Ahad, 29 Jun 2014

RAMADHAN DAH TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Mood untuk update blog ni datang tak tentu masa.  Walaupun sibuk, saya sepatutnya dapat update 1 entry setiap hari tapi rasa malas.  Bukan sebab tak ada orang baca tapi just lazy.

Apa-apa pun, Ramadhan dah tiba. Pada masa saya update entry ini, dah masuk Ramadhan hari pertama. Hari pertama berpuasa. Harap tahun ini dapat berpuasa penuh dan tiada halangan untuk tidak berpuasa.

Nafsu makan masa berbuka nanti pun kena belajar kawal. Takut membazir dan sudah semestinya terpaksa dibuang padahal ramai di luar sana yang kelaparan.

Saya doakan semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada semua pembaca blog saya ini.


Posted via Blogaway