Rabu, 5 Ogos 2015
PENTING KE PEMERIKSAAN KANDUNGAN?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kandungan isteri dah dekat 35 minggu dah. Jadi, kekerapan pemeriksaan kandungan di klinik semakin kerap sebab tarikh jangka bersalin semakin hampir.
Penting ke pemeriksaan kandungan ini? Bagi saya, ia penting untuk memastikan kandungan sihat dan aktif. Alhamdulillah, setakat ini kandungan dalam perut isteri saya aktif.
Sekarang ini isteri saya buat pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil. Dulu masa Mayeesa dulu, kami buat di Klinik Kesihatan Bagan Datoh. Isteri saya plan nak beranak di Hospital Putrajaya tapi ramai kawan-kawan beritahu Hospital Putrajaya ini selalu penuh. Takpelah, kami cuba dulu di sana nanti.
Insya Allah. Mohon doakan kesihatan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Semoga hasrat untuk melahirkan di Hospital Putrajaya dipermudahkan..
Catat Ulasan