Rabu, 5 Ogos 2015

"ICHA NGAH IPAT AJU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah hari ini selepas balik dari pemeriksaan kandungan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Isteri saya dan Mayeesa masuk rumah dan terus ke bilik.  Tiba-tiba Mayeesa keluar dan ke bilik sebelah.

Saya : Sayang, Mayeesa mana?

Isteri : Tadi dia kata nak lipat baju.

Saya : Lipat baju?

Saya terus ke bilik sebelah.



Dan memang betul dia tengah lipat baju.

Saya : Icha tengah buat apa tu?

Mayeesa : Icha ngah ipat aju.

Saya : Rajinnya anak papa.  Bagus.

Alhamdulillah.  Tak perlu disuruh untuk lipat baju dan Mayeesa dengan rela hati nak lipat baju.  Mungkin sebab dia selalu tengok ibu dan ayah dia lipat baju.  Sebab itu jadi ikutan.

Saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri yang baik dan anak yang comel serta baik.

Alhamdulillah.

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Alhamdulillah, nampak dah ciri-ciri nak berdikari tu...

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah..semoga membesar menjadi anak yg solehah..