Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Belajar sambil kerja senang ke? Persoalan ini saya tak pernah fikirkan semasa belajar sepenuh masa di UiTM Seri Iskandar Perak dulu. Pada masa itu, fikiran saya selepas selesai Diploma, saya nak sambung belajar secara jarak jauh. Memang dah rancang untuk sambung Ijazah selepas dapat kerja. Niat saya masa itu adalah tak sanggup nak susahkan ibu saya yang kena kerja seorang diri untuk sara kami empat beradik.
Masa itu ada seorang staf UiTM pun sambung belajar jarak jauh di USM. Dia ceritakan kelebihan belajar di USM dan saya pun terus berminat. Memang dari sejak itu, sasaran saya adalah untuk sambung Ijazah di USM secara jarak jauh. Masa itu memang saya tak fikir tekanan kerja dengan tekanan belajar.
Sekarang saya dah tahu. Belajar sambil bekerja ini sekiranya tak diuruskan dengan baik boleh jadi beban kepada saya. Saya dah rasa untuk dua tahun berturut-turut. Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak belajar. Belajar pun sehari sebelum peperiksaan akhir. Memang masa itu otak saya push sehabisnya.
Kalau nak belajar sambil kerja boleh saja. Tetapi kena pandai uruskan masa. Tugasan yang pensyarah bagi, siapkan secepat mungkin. Setiap kali pensyarah upload sidang video dalam portal, cepat-cepat tengok dan buat nota. Jangan jadi macam saya, belajar last minutes.
Yang pasti, belajar sambil kerja ini adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung kepada individu tersebut. Ingat, bergantung kepada individu tersebut. Bermakna kita yang tentukan belajar sambil kerja senang atau susah.
Lu pikir la sendiri (pinjam ayat Nabil).
2 ulasan:
bukan mudah belajar sambil kerja sebenarnya...
Kena pandaikan uruskan masa..tambah2 bila dah berkeluarga.. semuanya berkaitan dgn masa..apapun saya doakan semoga sukses hingga ke genggaman ijazah..
Catat Ulasan