Jumaat, 14 Ogos 2015

ISTERI YANG MENGANDUNG, SAYA PULA YANG NAK MUNTAH

Iklan sikit, nak dapat harga istimewa boleh hubungi saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ini genaplah 36 minggu kandungan isteri saya.  Oleh itu, mula hari ini, bila-bila masa adik Mayeesa akan dilahirkan.  Cuma Allah saja yang tahu bila masa dan waktunya.

Semenjak menghampiri tarikh untuk isteri bersalin, bila saya menaiki kenderaan yang dipandu orang lain, saya terasa mual dan hendak muntah.  Padahal perjalanan dekat saja dan lurus saja.  Naik saja kereta, bila kereta mula bergerak, saya mula rasa mual dan nak muntah.

Ada orang pernah beritahu saya, ada sesetengah suami akan mengalami alahan seperti nak muntah semasa isteri mengandung.  Kadang-kadang tak ada langsung.  Masa isteri mengandungkan Mayeesa dulu, saya ada juga rasa mual dan nak muntah tapi bukan masa naik kenderaan tapi tak tentu masa.  Masa adik Mayeesa ini pula isteri saya rasa pening-pening dan saya pula rasa mual bila naik kereta.

Hal ini tak berlaku bila saya yang memandu.  Oleh itu, saya menganggap ini adalah kesan yang perlu saya terima untuk kelahiran adik Mayeesa ini.  Saya tak kisah sebab boleh juga kongsi rasa ini dengan isteri saya.

Saya harap adik Mayeesa lahir dengan sihat dan saya bersama isteri tak sabar menanti kelahiran adik Mayeesa ini.  Tak lupa juga Mayeesa yang setiap hari "sembang" dengan adiknya sambil memberikan kata-kata nasihat.

Sekian.