gambar hiasan (kredit Google)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini keputusan peperiksaan Tahun kedua (Pengurusan Organisasi) saya telah keluar. Pukul 9.00 pagi tadi. Memang sebelum keputusan penuh keluar, keputusan provisional akan keluar dulu. Dan Alhamdulillah semua sabjek yang saya ambil semua LULUS.
Hari ini keluar keputusan penuh dan sekali lagi Syukur kepada Allah keputusan saya masih cemerlang walaupun tahun ini tak dapat merangkul Anugerah Dekan seperti mana tahun lepas. Tetapi tak apalah sebab tahun ini memang agak mencabar kerana bermacam halangan dan saya pula belajar 'last minutes' untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Pada masa yang sama, ada beberapa tugasan yang saya tertinggal dan tak sempat nak selesaikan disebabkan masalah internet dan pertukaran tempat kerja. Tetapi saya masih bersyukur kerana keputusan tak jatuh teruk cuma tak dapat Anugerah Dekan.
Saya perlu bersedia awal tahun depan sekiranya nak capai keputusan yang lebih baik. Oleh itu, saya perlu tetapkan matlamat dan terus ke hadapan. Semoga Allah akan merahmati usaha saya untuk menambah ilmu ini.
Amiiin.
1 ulasan:
Amin..semoga dipermudahkan segala urusan..
Catat Ulasan