Iklan sikit, nak dapat harga istimewa boleh hubungi saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ini genaplah 36 minggu kandungan isteri saya. Oleh itu, mula hari ini, bila-bila masa adik Mayeesa akan dilahirkan. Cuma Allah saja yang tahu bila masa dan waktunya.
Semenjak menghampiri tarikh untuk isteri bersalin, bila saya menaiki kenderaan yang dipandu orang lain, saya terasa mual dan hendak muntah. Padahal perjalanan dekat saja dan lurus saja. Naik saja kereta, bila kereta mula bergerak, saya mula rasa mual dan nak muntah.
Ada orang pernah beritahu saya, ada sesetengah suami akan mengalami alahan seperti nak muntah semasa isteri mengandung. Kadang-kadang tak ada langsung. Masa isteri mengandungkan Mayeesa dulu, saya ada juga rasa mual dan nak muntah tapi bukan masa naik kenderaan tapi tak tentu masa. Masa adik Mayeesa ini pula isteri saya rasa pening-pening dan saya pula rasa mual bila naik kereta.
Hal ini tak berlaku bila saya yang memandu. Oleh itu, saya menganggap ini adalah kesan yang perlu saya terima untuk kelahiran adik Mayeesa ini. Saya tak kisah sebab boleh juga kongsi rasa ini dengan isteri saya.
Saya harap adik Mayeesa lahir dengan sihat dan saya bersama isteri tak sabar menanti kelahiran adik Mayeesa ini. Tak lupa juga Mayeesa yang setiap hari "sembang" dengan adiknya sambil memberikan kata-kata nasihat.
Sekian.
13 ulasan:
Tahniah..
Hehe.. Sekali sekala kena tempias dekat suami..
hi Nasz, wah romantisnya , kiranya menepati peribahasa " berat sama dipikul ringan sama dijinjing" hihi... fara dah follow sini thanks atas kunjungan ke blog fara
http://bungalovexx.blogspot.com/
salam singgah petang di sini....tahniah...berita gembira ni...
ameen! semoga dipermudahkan jihad kecil itu :D
singgah sini ^_^
hanisamanina.com
tahniah... semoga isteri dipermudahkan bersalin...
Tahniah..beruntung dapat merasa alahan bersama isteri.. semoga ibu dan baby dalam perut sehat2..
dikatakan si suami sgt sygkan isteri.. tu yg tanggung keloyaan dan ketidak sedapan istri semasa awal mengandung :)
Hai.. cakk.. Jemput Join dan memeriahkan Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang yang sedang berlansung sekarang yea.. ada lagi "3 HARI" je untuk submit entri.. Pemilihan Pemenang adalah secara Random.. Hadiah berni;ai Lebih RM500 untuk dimenangi.. jom join.. mana tau ini rezeki Anda?? meh meh join.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html
hahaha.. pembawakan budak tu .. heee.. tapi suami lak kena yea.. ok la tu.. share2 morning sickness.. hihihi
done follow sini no. 123,
sudilah kiranya follow me bACK YE..
SALAM KENAL..
Hehehe.. Kongsi2 rasa.. ^^,
Btw, thanks sudi berkunjung ke blog MD.. Done follow sini.. ^^,
RosmizaAli.Com
Untung juga dapat rasa, bukan semua suami dapat rasa semua tu. Moga dipermudahkan isteri bersalin nanti
jom join GA ni..rm200 menanti anda!
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html
tahniah, suami yang alahan ni unik
Catat Ulasan