Sabtu, 30 Mei 2015

SEGMEN JOM KONGSI TAZKIRAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Curi sikit masa untuk join segmen anjuran rakan-rakan dunia maya sekejap.  Tak susah pun nak join segmen ni.  Dapat juga berkenalan dan kongsi maklumat sesama rakan-rakan.

Saya letak tazkirah bergambar sebagai tanda join segmen ini.


Manusia ini selalu lupa masa itu tak menunggu kita.  Termasuklah diri saya.  Saya nak mengingatkan diri saya dan semua tentang masa.  Masa yang pergi takkan datang kembali.  Masa ini bergerak tanpa henti dan tanpa tangguh.  Oleh itu, masa yang ada perlulah digunakan sebaiknya dan jangan buang masa kepada perkara yang tidak berfaedah.

Nasihat dan tazkirah ini adalah untuk diri saya yang banyak kekurangan dan anda yang sedang membaca posting ini.

Tarikh tutup segmen ini adalah 1hb Jun 2015.

1 ulasan:

Sha Mohamed berkata...

Tazkirah yg bagus..