Selasa, 25 November 2014

ANAK PEREMPUAN RAPAT DENGAN BAPA. BETUL KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Ada orang cakap anak perempuan ni lebih rapat dengan bapanya berbanding ibunya.  Betul ke?  Sebab utamanya adalah anak perempuan ni selalu setiap masa bersama ibu dan bapa kurang bersama sebab kekangan kerja.

Saya setuju sebab anak perempuan saya, Mayeesa pun macam tu.  Bukan sepenuhnya rapat dengan saya.  Tetapi apabila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia akan menerpa saya sambil nak beritahu apa yang berlaku kepadanya pada hari tersebut.  Walaupun tak faham tetapi saya layankan je.

Macam mana pula dengan anak lelaki?  Dia rapat dengan ibunya lebih daripada bapanya ke?  Saya rasa sama je.  Sebabnya adalah kurang bersama dengan anak.  Sebab itulah anak mencari bapa atau ibunya yang baru balik kerja sebab setengah hari tak berjumpa.  Bila berjumpa, si anak itu ingin melepaskan rindu dengan memeluk dan minta didukung.  Lepas itu, dia akan terus sambung bermain.

Ini cuma pendapat saya.  Kalau korang ada pendapat lain, silakanlah kongsi di ruang komen.

Terima kasih.

3 ulasan:

thisni3za berkata...

Anak perempuan, her 1st boyfriend is her ayah/daddy/papa..

Naka lelaki, his 1st girlfriend is his ibu/mama/mummy...

So rasenye setuju kot..kiki

Abam Kie berkata...

as salam. sy x pasti la hal ini sbb anak2 sy semuanya pompuan. cuma yg pastinya muka mrka lebih mirip kpd sy drp mummy mrka. Wallahualam. sy folo sini ye? no 109. tq.

Sha Mohamed berkata...

Hurm.. mungkin betul.. Anak saya dua2perempuan.. mereka lebih rapat dgn ayah dari saya.. tambahan pula ayah mereka selalu outstation..