Isnin, 13 Januari 2014

BANK MASIH PENUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan - rakan blogger semua.

Dari awal tahun sehingga hari ini, bank selalu penuh saja.  Ini semua penangan Dividen ASB 8.7% tahun ini. Siapa yang simpan banyak, banyaklah dividen dia. Yang simpan sikit, sikitlah dia dapat.

Ada satu lagi sebab bank penuh iaitu semua penerima BR1M yang layak nak buka buku akaun. Tahun ini, Kerajaan akan terus kreditkan ke dalam akaun bank penerima duit BR1M ini. Tak macam tahun lepas, kita kena pergi dengar ceramah dan baru boleh ambil baucar BR1M. Pastu baru ke bank untuk tunaikan.

Ada yang setuju dengan cara ini dan ada yang masih suka cara lama. Tapi bagi saya, cara ini ada pro dan kontranya. Bagi ketua keluarga yang tidak terlalu tua dan ada akaun bank, cara ini sangat bagus. Dapat jimatkan masa dan mudahkan mereka.

Tetapi bagi ketua keluarga yang sudah tua dan tak ada buku akaun bank, mereka perlu ke bank semata-mata untuk buka buku akaun untuk dapat duit BR1M ini. Macam dah jadi menyusahkan pula. Cadangan saya mungkin golongan ini, mereka boleh dapat Baucar BR1M dan tunaikan di bank. Yang ada akaun bank, boleh guna cara kredit duit BR1M ke dalam akaun bank masing-masing.

p/s : Kena tunggu hampir sejam sebelum nombor sendiri dipanggil.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: