Jumaat, 30 Mei 2014

SEGMEN : MINI TOPUP GIVEAWAY BY JURNAL SETIAUSAHA LELAKI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog ini.

Sekarang ini mood untuk updated selalu ke laut.  Mungkin sebab tekanan kerja yang berlambak-lambak diikuti dengan peperiksaan akhir yang makin hampir serta ditambah pula dengan rasa malas menyebabkan blog ini tak terupdate.

Kali ini saya nak join satu segmen yang hadiahnya TOPUP.  Segmen giveaway ini dianjurkan oleh seorang yang dia panggil dirinya Jurnal Setiausaha Lelaki.  Kenapa? Jangan tanya saya, tanya diri empunya terus.

Segmen ini agak mudah dan senang untuk disertai.  Oleh itu, saya menjemput semua kawan-kawan untuk join dan support segmen ini.

Bukan hadiah yang kita harapkan tetapi ikatan silaturrahim yang kita dambakan.

Tarikh tutup segmen giveaway ini adalah pada 04.06.2014.

Khamis, 29 Mei 2014

RUMAH TERBALIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Dalam beberapa minggu lepas, saya dan keluarga saya dapat mencari segenap masa untuk bercuti ke Negeri Sabah. Apa yang saya lihat di Sabah lebih kurang saja berbanding suasana di Malaysia. Tetapi banyak juga tempat menarik yg dapat saya terokai antaranya adalah Rumah Terbalik.

Dah nama pun Rumah Terbalik dan sudah semestinya semua barang di dalam rumah tersebut berada di kedudukan terbalik. Menurut lagenda, Rumah Terbalik ini adalah sumpahan yang dikenakan kepada satu di satu daerah di Sabah tapi saya tak ingat. Disebabkan anak mereka yang nakal dan membuat perkara terlarang, maka keluarga mereka telah disumpah dengan diterbalikkan rumah mereka. Itu yang diceritakan pemandu pelancong tersebut cuma sahih atau tak, hanya Allah saja yang tahu.

Di dalam rumah terbalik ini tak boleh langsung ambil gambar. Nanti akan didenda oleh mereka. Apa yang kita jangka bila berada di dalam sebuah rumah yang terbalik? Sudah semestinya semua benda yang sepatutnya berada di bawah akan berada di atas dan benda yang berada di atas akan berada di bawah. Cuma yang mengagumkan saya mengenai cara mereka melekatkan barang-barang seperti sofa, barangan dapur, katil dan yang paling berat ... Mesin Jahit Singer yang jenis lama.

Kalau korang pergi bercuti di Negeri Sabah, bolehlah cuba untuk melawat Rumah Terbalik. Harga tiket seingat saya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Antara salah satu tarikan menarik di Negeri Di Bawah Bayu ini ialah Rumah Terbalik ini.

Khamis, 22 Mei 2014

BALING BARANG DAN BERGULING

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mayeesa dah pandai sekarang ini. Kalau dia nak sesuatu, dia nak benda tu. Kalau tak dapat, mulalah baling-baling barang dan sudah semestinya berguling-guling atas lantai.

Dah makin besar Mayeesa, makin kuat cabaran saya sebagai bapa. Tapi, apa-apa pun, Mayeesa tetap comel dan saya selalu rasa nak gigit tangan comel dia. Hehehe.

Takpelah. Mungkin ini adalah cara menunjukkan perasaan dia. Kita layankan je. Nanti lama-lama dia oklah tu. Biasalah, kecil lagi. Tak tahu apa-apa lagi.

Nanti dah ada adik, macam manalah perangai Mayeesa nanti? Hmmm...


Posted via Blogaway

SEGMEN BLOGGING + MENANG HADIAH!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Dah lama sangat saya tak update blog saya ini. Alasan utama sudah semestinya sibuk tapi hakikatnya malas. Tak apalah. Sekarang rasa rajin dah datang semula. So, saya mulakan penulisan saya hari ini dengan ucapan hari guru.

Guru kita bukan hanya di sekolah atau di universiti. Tapi orang yang rapat dengan kita seperti isteri, suami, emak, ayah, keluarga mertua dan  juga boleh jadi guru kita. Mungkin bukan secara rasmi. Termasuk kawan-kawan tapi kita pasti ada belajar sesuatu daripada mereka. Yang mungkin secara langsung ataupun tak langsung. Cuma kita saja tak perasan.

Oleh itu, kita kena belajar menghargai mereka sebaik mungkin. Betul tak?

Posted via Blogaway