Isnin, 6 Jun 2016

MUDAHNYA MENCARI HOMESTAY DI MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kepada sesiapa ingin bercuti ke Melaka dan mencari homestay untuk beristirehat bersama keluarga, saya syorkan untuk mencuba Homestay Melaka.  Anugerah Homestay ini terletak di Taman Tasik Utama, MITC, Ayer Keroh, Bukit Katil, Durian Tunggal, Alor Gajah dan Bandar Melaka.  Kini, Anugerah Homestay memiliki pelbagai jenis homestay, townstay atau inap desa yang membolehkan pengunjung bersama keluarga menginap dari rumah jenis terus setingkat, murah, sederhana, sehinggalah ke rumah ekslusif iaitu Villa dan Banglo 5 bilik.

Secara ringkas harga promosi homestay yang ada di Anugerah Homestay ini.


1.     Villa Homestay 5 Bilik : Harga Promosi bermula dari RM350.


2.     Banglo : Harga Promosi bermula dari RM350.


3.      Villa MITC (2 Unit) : Harga Promosi bermula dari RM300.


4.     Villa Desa Idaman : Harga Promosi bermula dari RM280.


5.     Homestay 4 Bilik Lot Tepi : Harga Promosi bermula dari RM200.


6.     Homestay 4 Bilik Lot Tengah : Harga Promosi bermula dari RM170.


7.     Homestay 3 Bilik Lot Tepi : Harga Promosi bermula dari RM150.

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk melancong ke Melaka bolehlah cuba menginap di Anugerah Homestay ini dan menikmati pengalaman yang menakjubkan.


Sekian, terima kasih.

Khamis, 26 November 2015

BERENANG DARI SINGAPURA KE MALAYSIA?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dua orang lelaki berumur 37 dan 39 tahun Warganegara Malaysia cuba berenang pulang ke Malaysia kerana dah tinggal melebihi tempoh di Singapura?  Mungkin mereka ada sebab tersendiri.   Kalau mereka menggunakan perkhidmatan sindiket saya faham tetapi sekiranya mereka terpaksa berenang sendiri bermakna mereka memang taka da duit untuk memperbaharui Pasport mereka ataupun mereka ini mungkin mangsa.

Kita tak pasti apa sebenarnya yang terjadi disebabkan apa yang dilaporkan oleh media kadang-kadang ada yang misleading atau bukan cerita sebenar.  Kita tak bolehlah menjatuhkan hukuman tanpa dengar cerita dari kedua-dua belah pihak.  Sekira mereka betul-betul bersalah, hukumlah mereka.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Mungkin keluarga mereka di Malaysia sedang menanti mereka dengan pengharapan dan mungkin berlaku kemalangan kepada ahli keluarga mereka yang membuatkan mereka terpaksa pulang dengan cara begini.  Semoga urusan mereka dipermudahkan.

-Coretan seorang lelaki biasa-

Sumber Utama : The Straits Times


Rabu, 25 November 2015

SAMSUNG GALAXY S7 DILANCARKAN PADA JANUARI 2015?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pertumbuhan telefon pintar di Malaysia ini semakin laju saya tengok.  Saya sendiri pun tak terkejar dek untuk menukar telefon pintar saya yang mana saya sedang menggunakan Samsung Galaxy Grand Duos.  Mungkin bagi peminat tegar telefon pintar, menukar telefon pintar ke model yang terbaru adalah kebahagiaan mereka.

Ia bukan rahsia lagi bahawa Samsung akan membuat susulan kepada Galaxy S6 tetapi apa fungsi yang akan dipasang di Galaxy S7 menjadi bualan hangat.  Berdasarkan laporan dari saluran berita yang berpangkalan di Itali, HD Blog menyatakan slot MicroSD akan kembali pada Samsung S7.

Pihak Samsung juga mungkin memasang USB-C tetapi kesahihannya belum dapat dipastikan.  Kemungkinan besar Samsung S7 akan dikeluarkan dan dua saiz iaitu :

1.  Bersaiz 5.2 inci dengan paparan standard “rata” (flat).
2.  Bersaiz 5.7 inci dengan versi “Edge” sama seperti Galaxy S6 Edge dan Edge+ seperti yang ada sekarang.

HD Blog juga mendakwa telefon pintar Samsung S7 akan dilengkapkan sama ada dengan Pemprosesan Samsung Exynos 8890 atau Qualcomm’s Snapdragon 820.

Sesetengah laporan menyatakan  Samsung akan melancarkan Samsung S7 dalam bulan Januari tetapi berdasarkan kebijaksaan konvesional Samsung S7 takkan dilancarkan sehingga Musim Bunga. 
Samsung merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia secara keseluruhannya tetapi tidak dapat menandingi pesaing seperti Apple dan Huawei yang berpangkalan di China.

Saya melihat pada masa kini telefon pintar telah menjadi satu keperluan dengan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar tersebut.  Bagi peminat tegar Samsung, laporan pelancaran Samsung Galaxy S7 ini merupakan berita gembira bagi mereka.  Tetapi, setiap model mesti ada peminat dan sudah semestinya ada pembenci “hater”.

Apa-apapun, gunalah telefon pintar kita secara berhemah dan jangan salah gunakan teknologi yang ada sekarang.


-Coretan seorang lelaki biasa-